-->
seuntai kata .

Saturday, December 31, 2011

berduka di penghujung tahun




ASSALAMUALAIKUM...

31 DECEMBER 2011..esok dah 1.january 2012. Terasa cepat masa berlalu..sedar tak sedar masa terus berputar dan berputar tanpa menoleh ke belakang lagi...akhirnya kita ditinggal dek masa. korang jangan nak berlagak ye..masa takkan tunggu korang tau.haha.ingat tu. kadang-kadang kita yang kena tunggu masa kan? *sape tak puas hati, p gaduh ngn masa tu..sape suh tak tunggu hangpa kan? * ....tapi paling tak syiok nya, umur makin bertambah..ye dak? umur sape yang makin menurun habaq mai kat aku..nak belajar tutorial  turunkan umur jugak..*kan dah tua* hahaha..

Korang..3 jan 2012 aku exam. first paper...doakan kejayaan aku ye..*study pon belom abes lagi*. aku tak boleh nak focus saat ini. Hati aku terluka..sangat terluka..terluka tau dak? korang tau tak terluka tu apa? bukan sejenis makanan ye..sejenis penyakit yang lahirnya dari tindakan seseorang yang boleh buat hati kita terluka. Maka dengan itu, hati aku pon terluka lah. Best sangat bila hati terluka..sebab...aku dah la nak exam..satu haram jadah apa yang aku baca melayang-layang macam layang-layang terbang...tak dapat nak catch up satu pon..wah!bahaya neh..so, baik aku tinggal kan kenangan 2011 kat belog aku. dari aku dok study tak masuk pape tu kan. Korang yang baca neh, kompem la cakap aku nie *bangang ke dia nie?*. haha..takpelah..asalkan aku puas hati apa yang aku tulih..

bye ! kita jumpa 2012 nanti..*macam la lama lagi..padahal esok je pon* hehe
Posted by Nazura Naa at 10:06 PM 1 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

pesanan keramat.




ASSALAMUALAIKUM


Saat ini hati jauh terbang menuju ke kampung halaman. Merindui insan-insan tersayang especially my beloved family. yang paling di rindui adalah bonda tercinta. teringatkan segala nasihat yang di berikan. Kadang-kadang diri ini alpa akan nasihat yang bermakna itu. Tafsiran Hati ibu saja yang dapat menelaah kekecewaan, kesedihan atau kegembiraan seorang anak. Naluri seorang ibu cukup kuat membaca apa yang ada di benak fikiran anak-anaknya. Ma...anakmu ini sungguh risau+runsing+sedih+kecewa. nak exam dah nie. Dengar kata-kata ibu tersayang boleh menguatkan lagi semangat seorang anak. 

ma selalu pesan : jangan tido dalam perut orang!
korang mesti tak paham kan? okey, maksudnya "jangan menaruh kepercayaan sepenuh hati terhadap seseorang itu walaupon orang tu dekat dengan kita". 
Posted by Nazura Naa at 7:05 PM 2 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, December 28, 2011

kasih antara suami isteri dan anak




ASSALAMUALAIKUM




BLURPP-BLURRPP-BLURRPP

ikatan kasih sayang...

korang mesti boleh tahu kan makna tersirat dan tersurat gambar diatas?

sungguh bahagia tengok kasih ibu dan bapa terhadap zuriat mereka sendiri.

so, kamu..kamu dan kamu bersyukurlah  kerana di lahirkan dengan sempurna
dan penuh kasih sayang ibu bapa terchentaa....


okey..tata!




Posted by Nazura Naa at 1:21 AM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, December 27, 2011

GA TERAKHIR 2011 CIK MAY




ASSALAMUALAIKUM


hari ni aku nak join  GA cik may..lama dah tak join GA neh..hehe


tekan  LINK INI  kalo nak join  

syarat-syarat!

  • menjadi follower kepada blog comot ini...dan LIKE fan page INI
  • Copy banner kartun muslimah comel kat atas ni..dan WAJIB link kan banner tu kat entry ini.
  • Tajuk entry adalah "GA TERAKHIR 2011 CIK MAY"
  • Dalam entry korang tu, cite la pe azam tahun 2011 korang yang dah tercapai.nak jugak tau..;)
  • GA ni akan berakhir pada 30hb Dis iaitu hujung tahun 2011.
  • Dah siap?letak link korang kat kotak komen di bawah okei??                                                                                                



Apa AZAM 2011 yang dah aku capai?

-Setiap kali nak exam aku doa semoga result aku 3 pointer and above. of cos la nak Dean list kan..alhamdulillah, aku dapat. untuk sem lepas (2011 lagi) dan untuk  2012 pon, insyaAllah moga dapat jugak..amin.. =) 

wish me luck for exam next week..

- Okey, second. Impian setiap wanita nak turunkan berat badan.. yehaaa..aku dah berjaya menurunkan berat badan aku.

-Last, aku nak bahagiakan yang tersayang...biarlah dia yang pertama dan terakhir
.*ececeece, aku nak jiwang kat GA plak dahhh* 

tue je eh? boleh tak awak? hehehe


Posted by Nazura Naa at 7:10 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

7 hari menanti cinta





ASSALAMUALAIKUM..




Tak mau tulih panjang berjela-jela
Cukuplah terluah dari rasa hati
Aku bukannya saja-saja
Tapi nak cakap aku rindu si jantung hati...


1 hari
2 hari 
3 hari
4 hari
5 hari
6 hari
7 hari

Seminggu sudah aku menanti cinta.
Akhirnya ia kunjung tiba di hati ini..
Terima kasih kerana memberi kemanisan cinta
Agar hidup sentiasa merasai kebahagiaan hari ini.






Posted by Nazura Naa at 3:24 PM 4 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, December 26, 2011

tak suka orang macam ni!



ASSALAMUALAIKUM


Hai kawan-kawan sekalian alam... study week yang sangat stress. sebab aku tak study lagi..asyik buat kijo jah! camna nak jadi ulat buku neh...ishhkk..

Kat sini aku nak gitau satu DUNIA yang aku tak suka jenis manusia perangai memilih bulu. *bukan bulu betis k*. makna kata, suka memilih kawan la.tu contoh la. kalo ngan kawan-kawan dia, dia bagi la segala benda. kalo dengan kita neh, kedekut pahit. *kedekut sangat-sangat* mintak pon buat tak tahu je. kalo tanya pon tak jawab. buat senyap je. eee...kalo hal penting-penting aku tanya orang tak jawab, rasa nak bunuh-bunuh je orang tu. kalau dia tanya kita nie, laju je aku menjawab. cis! sangat kurang ajar. memang aku geram. nak kedekut sangat dok sorang-sorang la dan jangan nak minta pertolongan dari orang lain. nie kalo baik dengan kita, sebab nak sesuatu. lepas dapat, dia pon senyap la. kalo kita yang terkontang kanting nak mintak tolong, satu habuk pon takde, jangankan harap depa nak tolong, tapi  memang tak tolong laaa..jawapan paling senang dia boleh bagi, "AKU PON TAK TAHU LA". Akhirnya, aku kena tolong diri aku sendiri. hangpa nampak tak maksud aku nie??????? * takpe, bia aku membebel sorang-sorang asalkan aku puas hati*
okey, lepas nie aku pon nak memilih bulu jugak. sape yang baik dengan aku, aku tolong. sape yang tak baik dengan aku, dan suka buat aku rasa annoying dengan dia, sila pergi dari hidup aku!pergi tu jangan cuba-cuba nak dekat lagi, pergi jauh-jauh ye. aku tak harapkan balasan orang yang buat taik dengan aku...


okey, bye!

Posted by Nazura Naa at 3:16 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, December 25, 2011

Bencana Buruk Kat Negeriku..




ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar semua? hope you guys always okey and happy even all the day is raining day! haha. Cuaca sekarang sungguh sejuk. Dah macam duk kat oversea je. Tiap-tiap masa pakai sweater. ceh. macam mana nak ke oversea kalau sejuk sikit pon dah tak boleh tahan kan...hurmm..sabor jelah..keadaan suhu yang rendah dan berangin kencang neh membuatkan mata aku sentiasa nak tertutup. kalau baring sikit kompom lah aku tido tak sedar pe dah. tapi, kalau bukan study week..memang aku dah tidooo pon! tapi aku ada banyak sangat-sangat keje nak kena buat. study pon tak start lagi. hadoii...

okey, berbalik pada tajuk diatas. sungguh sadis mengenangkan apa yang terjadi. Kuasa Allah sape yang tahu kan. Hanya DIA yang mampu mengubahnya. Kekuasaan DIA tak siapa pon boleh melawan. Korang, tengok gambar-gambar nie. teruk kan?

RIBUT BEROMBAK DI TELUK LIPAT, DUNGUN, TERENGGANU..
















Posted by Nazura Naa at 7:34 PM 1 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 23, 2011

Malaysia Book of Record?


ASSALAMUALAIKUM



Woott..woott..korang. tengok tajuk diatas. sangat gempak bukan? yeahhh! im proud of you UTM. love it! waaaa..apa yang dibanggakan sangat oleh aku neh? hurmm..ce teka..ce teka?. hihi. aku yang duk kt UTM nie pon masih belum berkesempatan nak tengok kejadian yang sungguh unik itu..

korang boleh terpikir tak Eggs tray tue boleh buat apa? haa..dah nama pon research Universiti, kompem lah stylo punya idea kan? hehe..

aku tengok gamba pon dah teruja...korang nak tengok tak? meh-meh..ramai-ramai.ajak kawan-kawan, mak bapak, adik kakak ke UTM eh untuk tengok kejaddian yang sangat awesome!


mula-mula egg tray je..
lepas tu apa jadi??




tadaaa..main kaler-kaler pulak..so creative!


separuh je..


pewww...view dari atas..such a complete work.syabas UTM.
the biggest painted logo in egg trays.
taken bay helicopter!

THIS IS OUR MALAYSIA BOOK OF RECORD!

phewwww!!




Posted by Nazura Naa at 12:27 AM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, December 22, 2011

FB baru!!!


ASSALAMUALAIKUM



korang! aku sedih betoi la ngn Fb aku yang dulu tuh..ces! post comment boleh, tapi nak view comment je tak boleh..semua komen-komen hilang..grrr..fb tue tempat aku hilangkan bosan, stress dan tempat aku share info dengan budak-budak kelas!huh..sakit hati laa..bila ubah-ubah setting, still macam tu jugak. damn! aku pon buat-buat lah rajin buat FB baru..yeahh!i have my new fB..tapi tak best lagi, sebab fren ada 146 je..haha.fB dulu ada ramai kawan. banyak pages yang dah LIKE. so banyak la info-info best kelua kat new feeds tuh. tapi takpe la.fB baru nie aku kena tapis orang dah. Mana-mana yang aku tak kenal, aku takmo approve.hehe..tapi special case for my lovely bloggers. kalo nak add aku kat fB pon boleh je..

okey, tata!
Posted by Nazura Naa at 5:59 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, December 19, 2011

LOVE QUOTE!


ASSALAMUALAIKUM.






This is short entry. Just to let you all know something special about Love from your true Lover.

Did you all know Something special inside your heart?

for sure you all can feel that..
.
.
.
when a girl kiss you at anytime she want,
means, her love to you at that time is like falling snows..
Her heart is full of your love.
when she is looking into your eyes, 
means she is really happy to see you and she gonna miss you so much!


by: pinky_pinxes90

p/s: Just to married person. If not! you did not allow to do that.
NOTED!

Sweet Love From Me to All Blogger.

If you Like, you can share it!

Bye.
Posted by Nazura Naa at 12:31 AM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, December 18, 2011

MISSION IMPOSSIBLE: GHOST PROTOCOL



ASSALAMUALAIKUM





korangg...tengok tajuk tuu..perghh! cite nie sangat best + best + sangatttt best! haaa..aku bagi 5 star tau. cite nie baru je kua kat wayang. hoho...penuh wayang tu sampai ke seat depan. tiket wayang aku kul 12.55 a.m sampai la ke 3.30 a.m..pagi-pagi pon penuh wayang tuu..haha. semangat kan nak tengok..takpa, bF ada. hee. opps, bukan aku ngan bF je tau, ada lagi 2 orang kawan. =)

haiyaa..cerita nie memang penuh dengan action yang sangat menggerunkan...korang bayangkan dia panjat bangunan cermin yang tinggi gila tuu pastu tetiba terlepas sebelah tangan..demm! macam dah nak jatuh, tapi berjaya naik semula. at last bila nak sampai ke destinasi, hero nakkk jatuh bangunan dahh...sempat pulak kawan-kawan depa tarik..huhh!lemah semangat aku. dengan aku sekali rasa macam nak jatuh bangunan tau. haha.

paling syiokk sekali cite nie ada hero industan. Anil kapoor..*macam tu ka ejaan nama dia? belasahh jela* haha. pelakon tambahan je dia nie. tapi part dia la paling kelaka kot.. aku takmo cite panjang, hangpa wajib tengok cite nie. daripada dok layan ombak rindu tu, cite nie lagi syiokk bebeh! rasa macam first time aku nak puji cite omputih. yelaa..sebelum nie aku tak berapa suka sangat layan cite mat salleh nie..hehe..

korang tengok trailer dia pon dah best. bila tengok cite lagi laa best kan.




panjat bangunan cermin. gerun aku tengok. 




misi menyelamatkan kawan yang nak jatuh..


hang mai dekat. aku tembak!!!!

*versi aku yang cakap* peace!


aku tengok dia nie hensemm! okey.


hero industan yang sengal.hahaha..
siap ada tarian india bagai tuu..


Ohsemm!!BMW yang sangat hensemm...
bila aku leh pakai keta camni hah..


Posted by Nazura Naa at 10:00 AM 2 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 16, 2011

SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011

ASSALAMUALAIKUM



Adik-adik..tengok tajuk tu..hihi. yeahhh.. Ada jugak segmen khas untuk pelajar IPTA kan? bagus. really like it!mmuahh!..Apa yang perlu aku cerita kan ye?  erm. nak jawab soalan LYSSA je la.




1)  Nape aku amik course tu? Nyesal tak?

Actually, after matric aku dapat tawaran sambung degree kat UTM, skudai. tapi Course yang aku pilih tu memang takdak dalam list. sedih jugak la kan. tapi aku tak menyesal pon!Tapi depa tawarkan course Remote Sensing. korang tau ke remote sensing tu apa? jangan pikir remote control or remote TV tau. salah tu. Remote sensing nie sebenarnya belajar pasal satellite. wahhh..satellite tuuu..boleh pergi NASA nanti.hahaaha..banyak la kalo aku nak bercerita pasal satellite-satellite yang digunakan oleh seluruh dunia nie kan. fungsi satellite adalah untuk kita detect weather. Tu aku permudahkan la untuk hangpa mudah paham.. Nanti dah abis study nie, boleh la jadi Meteorologist aka pengkaji cuaca.. sayangnya course nie kat UTM dah tak dak. aku second last batch yang amik course neh. maybe U lain ada kot. adik-adik yang berminat boleh la apply. Study course nie agak susah, tapi kalo betol-betol menjiwai watak memang senang.hehe.
   
2) nasihat untuk adik-adik:

Adik-adik yang baru nak jejak kaki ke alam Universiti nie kena la plih course betol-betol yang bersesuaian dengan result anda. jangan pointer 3.2 nak mintak medic. memang payah la kan nak dapat. hehe..course yang ditawarkan tu sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Kalo dapat mana-mana U (kerajaan) terima je lah. Belom belajar, belom tahu kan? Soal kerja tue tak yah pikir lagi. lepas abis grad tue baru pikir. tau? mendalami ilmu dulu, barulah kita tau strategi lepas abis study nie nak buat apa..okey..tue jela nak cakap.

bye..
Posted by Nazura Naa at 2:18 PM 12 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, December 15, 2011

SURAT UNTUK KAMU

ASSALAMUALAIKUM


Lama sudah tak conteng blog buruk nie...fuhhhh! *sapu habuk-habuk yang gedabak banyak*. tengok tajuk diatas macam ayat novel je kan? tapi bukan nak tulih novel pon. Tak sempat lagi nak buat love story.

tapi.... aku ada surat cinta untuk si jantung hati:

" Buat abangku yang di sayangi. kamu jauh di mataku sekarang ini. tapi kamu sentiasa dekat di hati. walau apa pun jua keadaan, daku sentiasa menjadi pendorong dan penyokong utama. Harap kamu dalam keadaan baik-baik ya. Sudah terlalu banyak halangan dan dugaan untuk kamu perjuangkan dalam hidup ini. Hanya Allah saja dapat membalas segala kesabaran yang kamu lalui. Jangan cepat putus asa. Ingat lah orang  yang menyayangi kamu. Semua doakan kamu sihat walafiat. Walau kamu yang sakit, saya juga pasti terasa sakitnya. ibarat cubit paha kanan, paha kiri yang terasa. kamu sangat penting dalam hidup saya. *noted that* Hadirnya diri ini adalah untuk meniupkan semangat untuk kamu. Akhir kata, saya sayang awak ketat-ketat."


p/s: kamu baca ya nanti.*saya takmo cakap pasal surat ini.pandai-pandai la awak bukak blog saya ye *


awak. awak. dan awak. doakan orang yang saya sayang ini sihat ya. sama-sama kita doakannya. Amin~



Tengok tuu..Bila hati dah berbunga-bunga, slipa pon nak *love-love jugak*
~ peace ~

Posted by Nazura Naa at 7:30 PM 3 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 9, 2011

BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN

ASSALAMUALAIKUM


Tengok tajuk tu pon korang mesti dah tau kan sape blogger otai + pemes tu kan? haha
tak lain dan tak bukan. Orangnya adalah BEN ASHAARI.



ini lah MR MUSCLE yang suka pergi gym!
hehehe


BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN?

aku nak jawab apa ya? LOL! nak join mesti lah kena ada idea kan?

okey-okey. nie nak habaq kat hangpa semua aku buat blog nie sebenarnya bukan sekadar suka-suka. I have the reason! the reason is what? hahaha. Terhasilnya blog SEUNTAI KATA nie sebab aku suka buat short story aka cerpen yang mengisahkan percintaan. kalau nak baca boleh la tekan link ini:


1. Semekar cinta hingga ke penghujung rindu
2. Cintaku bukan milikmu
3. Doaku dalam kenangan
4. kisah sweet suami isteri
5. Zue tunggu Abang di taman.

p/s: cerpen yang dulu-dulu tu ada short form. 

kalau nak baca pon boleh. silakan. Maaflah, sikit je cerpen yang aku karang tu sebab aku nie busy je memanjang. Almaklumlah, jadi student tegar nie takdak banyak masa free nak mengarang. Tue pon aku mengarang time cuti semester je.Lagi satu, sape-sape yang buat contest, segmen dan GA aku akan join sebab dengan niat nak support mereka-mereka tuh. takde yang menarik kot blog aku neh, tu jela leh habaq kat hangpa semua. *peace*. jangan marah aku sebab join ini.haha..mesti korang cakap, ek elehh..tue je sebab blog ko lain dari yang lain? hampehhh.

the end!






Posted by Nazura Naa at 9:48 PM 18 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

JOIN EYKAMEOW 1ST GIVEAWAY!

ASSALAMUALAIKUM



Moning readers! saat ini aku masih belom mampu nak tido. buat keje sekolah banyak benar lecturer bagi!Mesti korang bosan kan sebab aku selalu update pasal join GA. haha..aku peduli hape. ini kan belog aku. *ayat berlagak kejap* oppss!jangan marah..hehe..aku nak jemput korang. korang. dan korang join GA by EYKAMEOW. 


Actually aku dok BW kejap tadi.pastu tejumpa lah belog si Comel neh. bila baca belog dia macam menarik!terus aku follow. aku tak suka follow blog yang tak informatif. paham tak ayat aku nie?hehe..maksudnya aku suka follow belog yang ada banyak info menarik. so, dari blog cik EYKAMEOW  nie, aku suka akan penghijrahan dia dari free hair (dulu-dulu) dan sekarang neh dah pakai tudung. Alhamdulillah. Bagus. slow-slow, lama-lama dah sebati dalam jiwa. kekal kan ya syg! serius!kamu cantik je pakai tudung. tengok cara fesyen-fesyen kamu bertudung  memang stylo. yang penting tutup aurat. ye dak? 

Last sekali..nak cakap kamu COMEL  boleh tak?  heee..

D.O.N.E!
Posted by Nazura Naa at 4:54 AM 2 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Segmen up follower dengan sepantas kilat

ASSALAMUALAIKUM
.
.
.



NAK JOIN?

TEKAN SINI

BELOM COBA, BELOM TAW!




Posted by Nazura Naa at 1:06 AM 9 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, December 8, 2011

RINTIHAN SEORANG HAMBA


ASSALAMUALAIKUM

.
.
.
I dont want to say anything.
the best way is keep in silent mode.
yesterday i'm so heppy.
but who know today is my bad day?



Ya Allah, sesungguhnya hari ini aku sangat berduka. 
Aku redha dengan segala ujian-ujianMu.
Aku insan yang lemah.
Tak berdaya menolak segalanya.
Tunjukkan lah aku hidayahMu dan PetunjukMu ya Allah.

Dengarlah rintihan hambaMu ini.
sesungguhnya aku sangat bersedih di saat ini.
Takda tempat untuk aku mengadu selain Berdoa kepadaMu ya Rabbi.






Posted by Nazura Naa at 8:42 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mega Giveaway By Iera and Nisa

ASSALAMUALAIKUM



Pagi semua! takmo cakap banyak dah. just nak invite join MEGA GIVEAWAY je..hikhikhik. *ketawa sopan*. jom lah support dorang nie. tak rugi pon join. just for fun k. :) tak dapat pon tak pa. kalau dapat pon lagi baik. kan. kan. kan?



TEKAN SINI 
 kepada sape yang mau join.!


mahu tag 2 blogger comel :  CIK PURPLE & AMYRA

D.O.N.E!

Posted by Nazura Naa at 3:16 AM 2 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Giveaway by triple f

ASSALAMUALAIKUM...




selamat pagi...tepat jam 2.37 a.m mata aku masih belum mengantuk. masih segar bugar. bila blogwalking tadi, ada singgah belog SYAFIKA yang organized Giveaway. so, what should i do? must join it okey!hehe.



tekan SINI kalau nak join. 

Rugi tak join. manalah tahu itu rezeki anda kan? hadiah dia sangat lah awesome! jom cepat-cepat join sebelum tarik tutup.


so, saya pon nak tag 2 orang yang cute : NIESA & PRINCESS

D.O.N.E!
Posted by Nazura Naa at 2:50 AM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, December 6, 2011

Pinjamkan saya bahu awak!

ASSALAMUALAIKUM


Tengok tajuk tu..dah tau kan sebab apa? hurmm... awak! awak! dan awak! nak pinjam bahu sat. nak tonyoh air mata nie ;(  *perempuan sahaja okey* . uwaaaaaaa..sedih! sedih ! dan sedih! 

Korang! aku sedih+bengang+sakit hati+geram+marah+keciwa+grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! betapa banyaknya kesakitan mental aku hari ni. sangat mental. yaa!aku memang lemah+manja+dan sensitip orangnya. tapi kan...tak patot la..memang tak patot dia tuduh aku macam tu tanpa usul periksa dan selidik dalam-dalam terlebih dahulu..tue dah macam FITNAH kan? bersyak wasangka terhadap orang lain sehinggakan menitiskan air mata! segala explanation memang tak dilayan! segala backup yang nak tolong aku pon dia suruh DIAM!!! 

ARGHHHH!aku sangat stress! aku bersekang mata kat burger King semalam buat lab task sebab dia nak tengok esok...burger king nak tutup, sanggup lagi menahankan diri duk kat MCD semata-mata nak diskus dan buat keja yang tak siap. 59 pages untuk tutorial perlu siapkan ! banyak tu woiiii! 

dengan harapan yang menggunung pergi kelas, harapnya lab tutorial SATELLITE aku buat semalam tu success diterima. tapi..tapi..hangpa tau dak? lecturer BANGLA aku tu cakap ape? huh! hangin satu badan aku bila dia cakap aku tak buat keja! just COPY dari orang lain. OH TUHANKU..memang tak dapat aku nak backup kan diri aku. aku dah terangkan yang lab tuh aku yang buat! dia tak caya! sebab orang lain ramai yang belum siap! what the hell? dia memang tak pernah ajar student ke sebelum neh? aku pelik la.salaah ka buat keja awal-awal? hurmm..bila dia cakap macam tu, sampai balik pon dia dok aim  aku dan kawan aku tuh. aku rasa bongok gilaa bila aku buat keja penat-penat,then orang tuh senang-senang kata aku COPY @ TIRU dari orang lain. rasa macam sia-sia ja keja aku buat tuh. kalo aku tahu nak jadi macam nie, dari semalam lagi aku tido awal, pastu pagi-pagi mintak softcopy kat orang lain. senang keja kan? takpayah susah-susah buat keja sampai kul 3 pagi.

yang masalah sekarang nie, lecturer BANGLA tu memang tak paham bahasa MELAYU. *dia memang takleh cakap melayu pon, TAK RETI* dah la tak paham bahasa, apa yang orang lain katekan semua dia tak caya. bak kata senang nya, dia tu memang keras kepala! nak ikut cakap dia ja betol. apa? dia ingat dengan kuasa dia jadi lecturer tu boleh guna kuasa veto dia senang-senang je ke? siapppp la. aku komen habis-habisan kat penilaian pengajaran pensyarah tuh. aku tulih segala benda yang aku tak puas hati. biar orang atasan buat keputusan. huh! sakit hati weyyyy...tekanan aku bila ada lecturer macamni. boleh naik darah tinggi tau dak!!

dah la. aku tulih panjang-panjang pon bukan orang baca. syok sendiri je neh. aku nak tido dulu.ilangkan tension dan serabut kepala. banyak lagi keja nak buat daripada dok pikir masalah nie.

bye!


Posted by Nazura Naa at 4:50 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
JADILAH MANUSIA YANG BERGUNA MAHUPUN DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT KELAK


S.I.M.P.L.E from M.E

My photo
Nazura Naa
Malaysia
just a simple name :NAZURA HANUN. panggil zura @ naa. sekarang nie jadi student tegar UTM.3rd year student of degree REMOTE SENSING.
View my complete profile

tumPanG Lalu

mari menabung!

LIKE page

 sedang skodeng pinky pinxes

i LOVE u IF you LOVE me!!

jom main click-click sini

churp-churp here!click me!

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2011 (60)
    • ▼  December (23)
      • berduka di penghujung tahun
      • pesanan keramat.
      • kasih antara suami isteri dan anak
      • GA TERAKHIR 2011 CIK MAY
      • 7 hari menanti cinta
      • tak suka orang macam ni!
      • Bencana Buruk Kat Negeriku..
      • Malaysia Book of Record?
      • FB baru!!!
      • LOVE QUOTE!
      • MISSION IMPOSSIBLE: GHOST PROTOCOL
      • SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011
      • SURAT UNTUK KAMU
      • BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG ...
      • JOIN EYKAMEOW 1ST GIVEAWAY!
      • Segmen up follower dengan sepantas kilat
      • RINTIHAN SEORANG HAMBA
      • Mega Giveaway By Iera and Nisa
      • Giveaway by triple f
      • Pinjamkan saya bahu awak!
      • Ombak Rindu * the Pot pet . Pot pet! *
      • Cinta Muka Buku (islamic version)
      • LAWAK SENGAL+SENGET!
    • ►  November (13)
    • ►  October (16)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)

ini S.A.Y.A

ini S.A.Y.A

JoM SeMbanG!

sI CanTek & sI HeNsem!

Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.
COPYRIGHT@ ORIGINAL BY PINKYPINXES90