-->
seuntai kata .

Monday, November 28, 2011

FACEBOOK 1 MALAYSIA


ASSALAMUALAIKUM




Hai you all. buat apa? hari nie Johor cuti..hehe..so, takdak keje la nie. i find something interesting now. joM kita pakat promote guna FaceBook 1 malaysia. kita patut sokong dan bangga dengan malaysia kita nie. register FB 1 Malaysia nie dengan mudah. tak perlu verification email pon. sign up and terus boleh guna. paling bestnya, kita boleh edit-edit background. haa..you all yang suka menghias comel-comel tu mesti sukaa punya kan? like me. hahaha.. sukaaa! OKEY FULLSTOP. nak cakap tu je.

sape berminat, jom   CLICK SINI



boleh edit kaler  :)





Posted by Nazura Naa at 3:46 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, November 26, 2011

"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"



 ASSALAMUALAIKUM.



Hari nie ada masa terluang nak join Giveaway by IRINE NADIA yang memang meletopsss cantik! serius cik irine nie memang cantik..kalau tak percaya boleh terjah belog dia kat SINI. tengok dah kecomelan cik irine? he he he. model tu. apa rahsia dia eh? mesti ada rahsia kan...tauke MIRACLE TAB product. dah yakin dengan keberkesanan product nie. saya pon nak try jugak. tapi tak mampu la. hidup sebagai student nie kena bejimat cermat sikit. tak leh boros-boros. mahal kot! kalo takat rm30 boleh beli.* kedekut ek?hahahahaa* tak. tak. saya tak kedekut, tapi memang tak berduit sekarang nie sebab dah di penghujung semester..*alasan* haha.


okey-okey. melalut dah tu. jom start!


3 product miracle tab!

tab EX, tab Soap,HD Glow Essence

~mengapa saya nak product nie? ~

1)sebab product nie boleh mengurangkan minyak pada wajah.

 *muka saya mmg berminyak, kurang sikit sebab dah makan VCO*

2)  boleh mengurangkan kesan parut, mencerah kan kulit secara sekata, mengecilkan pori-pori pada kulit.

* nak hilangkan parut yang bertempek kat muka neh and at same time boleh cerahkan kulit muka saya yang hitam neh* ha ha ha.

3) yang paling best product nie boleh tengok keberkesanannya dalam masa yang singkat. betol ke cik Irine? nak cubaaa jugak. heee.


cukup tak serba ringkas apa yang saya terangkan kenapa nak product nie? hehehe.

kalau anda nak join, jom CLICK SINI

ADA SYARAT-SYARAT: nak copy paste je.boleh?

  1.  Buat satu entry di blog anda yang bertajuk  "GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"
  2. Letakkan gambar product one set of MIRACLE TAB ( yang ada ketiga-tiga barang). Gambar yang nombor satu sekali dalam entry ni.Terangkan dengan ringkas sahaja mengapa anda nakkkk sangat product Miracle Tab ni daripada Irine. Ringkas-ringkas pon x pe, asal cukup syarat. hehe.
  3. LINK kan entry tersebut ke sini. ( entry Irine yang ni ).
  4. Bila dah publish entry tu, teruss tinggalkan link entry korang tu dekat ruangan komen ni bagi memudahkan Irine tahu siapa yang dah join.
  5. Pemenang Irine akan umumkan berdasarkan entry yang kreatif,simple tapi padat serta memenuhi syarat-syarat seperti di atas :) Cop cop, LELAKI pon boleh join tauuu..sebab product ni pon lelaki boleh guna.
TARIKH TUTUP :  2nd Dicember 2011







Posted by Nazura Naa at 5:11 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

sweet words!

ASSALAMUALAIKUM






hai..hai..dan hai kepada kawan-kawan...lama sudah tak update belog yg kusam nie..penuh dengan habuk-habuk dan debu-debu kat belog usang neh..ada sarang labah-labah dah kot? he he he..minggu lepas yang sangat busy. kalah perdana menteri.* perasan kejap* tapi hidup sebagai seorang pelajar U mesti buat-buat sibuk jugak. he he.

alhamdulillah, aku bahagia hari nie. setelah berduka soal hati dan perasaan yang tak siapa tahu. tapi..tapi..aku bersyukur sebab masih ada jalan penyelesaian. Allah maha mengetahui liku-liku hambaNya.


*************************************************************************************************************************

sweet words! 



nak bercintan-cintun sekejap..wink-wink.!

lelaki: awak sayang saya tak?

perempuan: sayang sangat-sangat..

lelaki: banyak mana cinta awak pada saya?

perempuan: tak banyak dan tak sikit. tapi sepenuh hati saya cintakan awak. cukup tak?

lelaki: he he he. oh. sangat cukup. kalau tak penuh macam mana?

perempuan: hurmm..kalau tak penuh maknanya cinta saya bukan untuk awak la. sebab tu saya kasi penuh-penuh sampai takda ruang kosong lagi dah..heeee!

lelaki: sungguh tenang dan sejuk hati bila mendengarnya.cinta saya hanya untuk awak jugak! tiada dua ataupun tiga mahupun empat. hanya satu dihati.

perempuan: he he he. sukaaaa nyaa! bahagia hingga ke penghujungnya. terima kasih kerana sudi menyambut cintaku ini..



anda bagaimana? hee..semoga berbahagia selalu hendaknya. amin..^^



Posted by Nazura Naa at 3:56 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 20, 2011

tips: nak tahu si dia betol-betol cintakan anda?


 ASSALAMUALAIKUM SEMUA.


hai korang! cuti hujung minggu buat apa? tido memanjang je ke? hehehe

okey, berbalik pada tajuk entry diatas. macam mana la nak tahu buah hati korang tu sayang gila gaban kat korang atau senang kata cinta sampai lebam kat korang. hehe.

hurmm..senang je. try la korang test dia.

sent text  message kat dia. cakap : 

kalau awak betol-betol cintakan saya atau sayang saya sepenuh hati, awak takkan penat buat misscall kat saya sebanyak 100x.. see. ce tengok korang dapat tak misscall sebanyak itu. hehee

haa..tue baru mintak 100x misscall. belum mintak wang hantaran 100 riban.haha..

kalau si dia tak sanggup, tue bermakna dia..................................................

*korang pikir la sendiri k.* hahaha


p/s: dulu-dulu saya pernah buat nie. tapi handphone dolu-dolu tak kan sampai 100x misscall. dia takat 99x je! tak tau laa, BB, ipad, iphone, boleh ke tak. try laaa dulu..
zasssss! heheheeheheh..

selamat mencuba: (macam keje gila kan?)ahaaakss!
Posted by Nazura Naa at 6:53 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, November 19, 2011

RINDU DIA..


ASSALAMUALAIKUM..


Petang yang agak suram hari nie..*bagi saya la* bagi kamu macam mana pulak? saat ini hanya Allah saja yang tahu betapa saya amat merindui dia..tapi.................................................

semalam nak tido pon agak susah nak lelapkan mata. rasa takut semacam je. tapi air mata ini mengalir laju bila mengenangkan dirinya yang tak dapat ditatap dengan zahirnya. mungkin dia tahu hati ini sangat-sangat merindui dia. dan  mungkin semalam dia datang menjenguk orang yang dia sayangi..

dah lama saat bersamanya berlalu. dia pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 8 march 2006. tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga dan sanak saudara. dia pergi dengan tenang disana, tanpa kerelaan kami..tapi Allah sudah menetapkan tarikh itu dan dia pergi meninggalkan bumi tercinta ini. kami redha seadanya. semoga dia berbahgia di samping Malaikat-malaikat yang Allah perintahkan menjaga tugas masing-masing di alam sana. kami di dunia ini hanya berdoa dan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk arwah adikku terchenta. Amin~ semoga dia disana dicucuri Rahmat Allah. 

teringat saat hayatnya masih ada, seminggu sebelum jasadnya bercerai dari badan, saat itu aku masih di bangku persekolahan (form 4), abah, ma dan adik-adik datang melawat aku kat asrama. masa tu dia hanya memandangku tepat pada anak mataku. bila aku bertanya, nape dik? akak tak comel ke? . lalu dia menjawab, saja je. dari riak wajahnya terlihat kesedihan yang tak dapat kubaca dari lahiriah mahupun batiniah. dia bermain-main ditaman bunga kat sekolahku dulu. mungkin dia nak tengok kakak tercinta ini buat tatapan terakhir kali. mungkin. hanya Allah saja yang mampu bagi petanda-petanda kecil untuk hambanya yang bakal kembali kepangkuanNYA.

ketiadaanku dirumah (duk hostel) pada suatu petang itu, terjadinya tragedi buruk kepada kami sekeluarga. dari cerita adikku (ery) yang ke-5, arwah (ezat) yang ke-4. adikku ery beria mahu ikut arwah bermain bola dipadang sekolah bersama rakan taulannya. tapi arwah tak bagi ikut. dia cakap dia nak pergi umah kawan dia  sambil-sambil nak amik KURA-KURA PUTIH BERKAKI HITAM. dia cakap dia nak hadiahkan kat adikku ery tu. adikku ery pada saat itu mengiayakan kata-kata abangya sebab ery masih kecil (budak-budak). bila ma tannya ery : "mana abang? pergi mana?" 

ery: "tak tahu, abang pergi main bola kat padang sana. dia nak pergi umah kawan dia. nak amik kura-kura putih kaki hitam."

ma: "ishh,jangan duk mengarut.takda dalam dunia nie kura-kura macam tu.. pergi cari abang tu".
saat itu hati ma memang gundah gulana. sebab anaknya bersikap pelik akhir-akhir ini. sebelum nak ke sekolah pagi itu, arwah minta seluar sekolah kaler PUTIH sedangkan seluar sekolah rendah kaler blueblack gitu. dia merengek-rengek nak seluar sekolah putih. ma marah. nape macam tu? sebelum itu, pada malamnya. ma nampak sesuatu yang HITAm sangat-sangat berdiri kat sebelah abang. time tu abang nyenyak lagi tido. sambil-sambil itu, kedengaran burung hantu memamngil-manggil di luar sana. dalam hati ma "ya ALLAh petanda apakah ini?"

dengan itu, ma hanya mengucap kalimah Allah saja. semoga tak terjadi kejadian buruk terhadap anaknya.

menurut cerita kawan-kawannya sebelum pulang dari sekolah,arwah cakap kat kawan-kawannya
"eh, jaga diri baik-baik ya. aku tak lama dah nak pergi. takut tak sempat je", sambil menepuk-nepuk belakang rakannya. rakan-rakannya tanya kau nak pergi mana? dia jawab, aku nak pergi jauhhhh sana. kawannya terdiam tanpa kata.

petang itu, ma, abah dan orang kampung cari merata manalah anak lelakinya ini. satu orang pun tak tahu kemana. ma dan abah sudah tak terkata. bimbang bukan kepalang.  debaran hebat dijantung. petang yang suram itu, datanglah seorang pakcik menyanyakan nenekku kat warung kopi " kenal tak baju siapa nie?"
dengan tak semena-menanya cucu nenekku itu menjawab "tue baju abang ezat". nenekku terkejut! pakcik tu jumpa baju tu kat sungai besar sana. dengan lajunya nenekku talipon abah bagitau abang lemas sungai. ya!time tu semua kalut. orang kampung, bomba dan polis bergegas ke sungai itu. tak jumpa! tapi tepat pukul 9 malam, mayatnya ditemui tersangkut pada ranting kayu. kata doctor, arwah baru saja meninggal dunia,jika dia meninggal beberapa jam lalu pastinya mayatnya sudah beku. andaikata pencarian arwah dijumpai awal-awal pastinya dia masih selamat. tapi tidak. sudah tertulis untuk dia pergi jauh dan jauh dari kami.
sedih bukan kepalang. 

menurut cerita rakan-rakan yang pergi mandi di sungai itu, arwah berkata " sudah nak balik ke? aku belum puas mandi sungai nie. tunggu la sekejap. aku nak mandi lagi. lalu dia terjun ke sungai itu dan akhirnya dia lemas dan melolong-lolong meminta tolong rakan taulannya. malangnya rakannya sempat menarik rambut tetapi akhirnya terlepas jua. kawannya meminta tolong pakcik tadi,, tapi tak dapat juga kerana arus deras mengalir membawa arwah entah kemana. 

YA ALLAH, hebatnya perancanganMU. tiada siapa yang dapat melawan takdirMU. jika tertulis pergi harini, maka pergilah kita dari dunia ini. jika ajal kita pergi di saat ini, maka tercerailah nyawa dari badan kita. sedekahkanlah AL-FATIHAH untuk arwah tercinta.. semoga dia mendapat rahmat disana.

Posted by Nazura Naa at 3:12 PM 3 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, November 18, 2011

3rd Giveaway by Yana

ASSALAMUALAIKUM..
.
.
.
.
.
nak update belog, tapi takda idea..
so, memang
TAKDAK KEJE KAN?hehee

saya nak join GA by YANA  la..jom!



nie syarat-syarat: ikut tau..

-Buat entry bertajuk "3rd Giveaway By Yana"
-Letak banner diatas dan linkkan ke entry/blog Yana
-Tag 3 orang rakan 
-Tinggalkan link entry di coment bawah ni oke
-Bantu VOTE Yana kat sini >TEKAN<

TARIKH TAMAT CONTEST?
20/12/2011

HADIAH?
HANDBAG/MARY KAY PRODUK/SHAWLS/TOPUP

nak tag : myra : kyra : daya

okey..DONE!
Posted by Nazura Naa at 5:01 PM 5 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, November 17, 2011

Segmen Cik Bunny: Jom Blogwalking! (Bahagian 2)


ASSALAMUALAIKUM...

hai you all! tengah buat apa?
Malam nie terlalu buhsann mengadap lecture note. kalau tak, memang tak rajin lah kann nak stady pulun -pulun..hehehe..okey! *sedar diri* esok ada MID TERM EXAM... wish me luck ya! so, bila dah terlampau boring, perut minta diisi, tapi cafe mana yang bukak kalau dekat-dekat sini.huhu..tapi takpa la..malam-malam kena diet. *pujuk perut* 

daripada tak buat apa, jom kita join segmen CIK BUNNY. macam best je kan..



CIK BUNNY nie  bagus jugak sebab dia tak paksa pon kita buat entry khas  untuk join segmen.


nie antara SYARAT-SYARAT nya


1) Tak perlu buat entri. kalo rajin buat thanks banyak2 ^_^

2) Join group Gedung Ilmu dan Like Post sini:http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=216551698375661&id=136884719675917

3) letak URL blog korang ke entri ni berserta nama FB korang. kalo kat tempat lain Cik Bunny tak terima


Tarikh tutup: 15 Disember 2011 







Posted by Nazura Naa at 11:47 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, November 15, 2011

CANDID TIME CONTEST


ASSALAMUALAIKUM


HAI...korang semua tengah buat apa tu? haaa..kalau duk saja-saja meh la kita ramai-ramai pakat memeriahkan contest "candid time". mesti you all banyak gambau-gambau cun melecun dengan kawan-kawan kann? hehe.nie sebab baca entry dari  APIT   la nie..tue rasa nak join jugak..so. apa lagi..jom kita serbuuu belog TUAN TANAH nie..


Kalo nak join meh ke belog Cik Muna Rahimah kita nie.


Ada syarat-syaratnya tau..antaranya:

1- wajib follow blog Muna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini

2- buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST'

3- letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat

4-sertakan satu gambar 'CANDID' korang. tak kisah beramai-ramai atau individu

5-tag 2 orang dan wajib dekat diorang tentang contest ini.




okey.tu je la syarat-syaratnya..mudah bukan? hehee...TAK RUGI TAU JOIN NIE..hadiah dia memang sangat menarik..haa..cuba nasib la kan..hikhikhik

dengan ini, saya nak tag 2 orang  blogger pilihan : AYUSLEEPING dan ALIA 





okey..nie gamba candid .haha..time potong kek besday kami bertiga : aku, izwan, syazwan.
time nie ada suprise kek secret recipe!hee..suka2!  saat ini memang sangat
tacingg habess laa..ingat sampai bila-bila. nak tau kenapa? tekan SINI.



sekian terima kasih untuk contest ini..=)

Posted by Nazura Naa at 4:00 PM 4 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 13, 2011

~Semekar cinta hingga ke penghujung rindu~



ASSALAMUALAIKUM...

Hai korang!apa khabar semua? semoga sihat-sihat hendaknya..dah seminggu bercuti kat umah..tetiba rasa rindu sangat tak berbelog..huhu..okey..nie nak share 1 cerita yang direka khas oleh saya untuk santapan sahabat-sahabat blogger sekalian..dah baca tu, ringan-ringankan  tangan anda komen ya!bukan apa..just nak tahu penulisan saya nie okey ke tak..selamat membaca ya!hehehe..=)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

~Semekar cinta hingga ke penghujung rindu~

                Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi kerana semua berjalan lancar pada majlis perkahwinanku. Waktu mula-mula kenal dengan abang izhar dulu, aku langsung tak mahu berkenalan dengannya..maklum lah dulu dia seorang kaki perempuan sikit.pantang nampak perempuan berdahi licin, laju je dia nak berkenalan. Alhamdulilah, kini tak sangka dia dah jadi suami aku. Harap-harap lah dia tak berubah ke perangai lama dia tu.InsyaAllah..segalanya baik-baik belaka.

                    Hampir 3 tahun kami berkahwin. Tapi kami masih belum punyai cahaya mata..mungkin ini bukan rezeki kami sekeluarga. Sudah buat check up kat hospital, tiada diantara kami yang tak sihat atau mandul. belum ada rezeki lagi untuk kami menimang cahaya mata. Ya!sampai saat ini aku masih lagi mampu bersabar.
 Sejak akhir-akhir ini, saban hari suami ku berkerja siang dan malam.pergi ke pejabat pukul 8pagi dan pulang kerumah hampir pukul  10 malam.perkerjaan apakah yang suamiku bekerja sebenarnya? Dalam hati aku berkata, tak mungkin kerja pejabat akan pulang selewat ini..aku berperasangka buruk.mana lah tahu ada apa-apa yang abang izhar rahsiakan dari pengetahuan aku selaku isterinya sendiri.

              Hidup aku makin lama makin sunyi tanpa gurauan senda suamiku. Sudah tiada masa terluang untuk kami bersembang-sembang seperti waktu mula-mula kawin dulu.ternyata abang izhar berubah dalam sekelip mata.perangainya yang baran seringkali membuatku tersinggung dan sakit hati. Hampir saban hari dia memarahi aku, sedangkan perkara kecil pun dia mengamuk sakan. Macam dirasuk hantu. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku antara kami. Sudah makin menebal jurang antara kami, sedangkan dulu dia tak sanggup berpisah denganku walaupun satu jam! Tapi kini? Aku rasa dia bahagia tanpaku disisinya. Abang izham banyak bmenghabiskan masa di luar bersama rakan sepejabatnya. Bila aku bertanya pergi mana, dah makan ke belum. Dia hanya berpesan, “ kalau sayang lapar, tak payah la tunggu abang. Abang makan kat luar aje dan ingat, abang tak suka kalau sayang banyak bertanya kemana abang pergi.”

            Dalam hatiku “kenapa suamiku berkelakuan seperti ini?adakah dia sudah ada hiburan lain di luar sana? Mungkin beristeri muda? Hurmm..aku sudah buntu..Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan penyelesaiannya, aku mahukan suamiku yang dulu.bukan yang sekarang. Kenapa abang izhar sudah berubah. Dia langsung tak pedulikan aku.sihatkah aku? Terseksakah aku jika dia terus berkelakuan dingin terhadapku? Saat ini hanya Allah sahaja  yang tahu perasaanku. Pada siapa lagi aku patut mengadu? Perihal rumah tangga, tak baik di heboh-hebohkan, ini soal maruah. Hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Tapi sampai bila aku harus bersabar?sampai satu tahap, tembok kesabaranku juga akan runtuh.

**Pada cuti hujung minggu**.

Dyana= abang..sibuk tak hari ni?

Izhar= erm..sibuk kot..kenapa?

Dyana= sayang nak ajak abang temankan pergi hospital pukul 11 pagi nanti.boleh tak abang?

Izhar=nak buat apa ke hospital? Sayang sakit ke?abang tengok sihat je tu..

Dyana= pening kepala la abang. Sejak minggu lepas lagi kepala sayang asyik pening je.tak tahu la sebab apa..risau jugak.

Izhar= alaa,pening biasa la tu kot. Awak kan penat kerja.takda rehat. Makan ubat panadol okey la tu..takda pape pon..

Dyana= takpe lah abang kalo tak nak temankan. Sayang boleh drive sendiri.

*beberapa minit kemudian**kringgg!kringg!kringg!

Telefon abang izhar berdering. Mungkin kawannya call.

Izhar= hello..ya hilmi..haaa..okey-okey.aku free hari ni. Tunggu aku kat kelab golf. Setengah jam nanti aku sampai..Wasalam..

**
Izhar= sayang..abang nak keluar nie..

Dyana=yelah.. hati-hati abang…maafkan sayang susahkan abang selama ini…
“sambil mencium tangan suami tercinta”

Izhar= yelah..pergi dulu ya…

           Setiap minit berlalu..macam sebulan lamanya..ya Allah..sakitnya kepala aku..berdenyut-denyut, macam nak pecah kepala..sakit apakah yang Engkau nak duga hambamu ini Ya Allah…air mata aku mengalir kerana terlalu sakit.peritnya hanya Dia saja yang tahu. Lama aku terduduk di lantai.tak ada kudrat untuk aku bangkit. Aku berjalan setapak demi setapak, akhirnya tubuhku longlai jatuh ke lantai.aku tak sedar apa-apa..sehinggalah malam, aku terjaga dengan kepala yang masih lagi sakit. Tapi hampa bila suami ku masih belum pulang.jam menunjukkan pukul 9 malam.

             Aku call abang izhar langsung tak berjawab. Mesej juga tak berbalas. Lalu aku coretkan surat supaya bila abang izhar pulang kerumah nanti dia tak risaukan selama ketiadaanku di rumah..

Kehadapan abang yang kusyangi..

Maafkan sayang kerana keluar rumah di waktu malam tanpa ditemani abang..maaf sekali lagi abang..sayang bukan kemana-mana.Cuma sayang nak ke hospital.sudah tak tertahan kepala sayang nie asyik sakit aje. Mugkin doctor boleh bagi ubat penahan sakit. Abang janganlah risau ya. Jika abang lapar, makanan sudah tersedia dihidang kat atas meja tu. Abang makan la sikit ya. Penat sayang masak. Mana tahu hari esok sayang tak dapat nak masakkan untuk abang lagi.kang rindukan masakan sayang pulak..lagi satu, sayang nak pesan..baju-baju abang tu sayang dah gosok dan tersangkut dalam almari.esok-esok takda la abang mengamuk marahkan sayang sebab tak iron baju abang..sayang takut balik lambat aje nie. Kalo dah lewat malam mungkin sayang bermalam rumah Syila aja.sebab umah dia sebelah hospital tu..okey..sayang pergi dulu ya abang..
Salam kemaafan dari sayangmu yang serba naïf ini..sayang tak tahu kenapa sayang terlalu rindukan abang. Walaupun abang sentiasa ada dirumah, tapi rindu sayang tetap menggunung terhadap abang. Sayang rindukan abang izhar yang dulu, yang sentiasa bergelak tawa dan romantic. Tapi kini hanya tinggal kenangan. Abang sudah berubah..maafkan sayang kerana masih belum dapat berikan abang zuriat..kita sudah cuba, tapi mungkin ini  dugaan bagi kita.
Sayang harap, abang simpanlah surat ini untuk kenangan di hari esok. Mungkin sayang tak dapat nak buat seperti ini lagi..

**sejam yang lalu aku selamat tiba di hospital pakar. Diwaktu begini kepala aku berdenyut-denyut bagaikan ada kejutan elektrik. Seluruh badanku menggigil dan muka ku pucat. Aku hanya mampu berdoa. Nasib aku baik aku dipapah oleh seorang jururawat disitu..setelah diberi ubat penahan sakit, aku terus lena tak sedarkan diri. Aku di tahan di wad.

Keesokan harinya, doctor hisyam mendekati aku, dan bertanya:

Doctor= awak dah berapa lama sakit kepala nie?

Dyana= dah lama doc..Cuma yang seringkali sakit nie sejak minggu lepas. Sakit kepala yang teramat sangat.saya terpaksa drive sorang-sorang semalam sebab tak tahan sakit.

Doctor= oh..suami kamu mana?boleh saya nak jumpa dia?

Dyana= urmm..suami saya takda doc..dia keja pagi ni..doctor boleh bagitau saya aja tentang penyakit yang saya hadapi tu.saya tak mahu suami saya risau..

Doctor= maafkan saya dyana. Jika kamu datang pada peringkat awal lagi, mungkin ia boleh diubati..tapi sekarang nie kamu dah peringkat akhir..saya hanya boleh bagi ubat penahan sakit saja.

Dyana= *terkelu lidah, dan hanya mampu mengalirkan air mata saja*saya sakit apa doc?

Doctor= awak ada ketumbuhan dikepala. Tumor otak..ia sangat merbahaya..sistem saraf kamu akan menjadi lemah serta merta. Saya harap awak boleh bersabar..awak perlu dirawat di hospital selama 2 hari lagi.jika keadaan awak okey dari sebelum nie, saya benarkan awak pulang..

Dyana= doc..saya sihat dah hari ni..saya mesti balik rumah.nanti suami saya risau..boleh ya doc?

Doctor= ini procedure hospital..awak ditahan di wad..ini untuk kebaikan awak juga..jika awak berkeras mahu pulang, saya boleh bagi kebenaran.jika awak terasa sakit, datang lah ke hospital..

Dyana=terima kasih doc..

Dyana tengok hp nya takut-takut abang izham ada call atau mesej.. tapi hampa..mungkin suaminya tak hiraukan dia lagi..dan tak kisahkan pasal isterinya lagi..

** aku sangat berduka tentang sakit tumor otak..fikiran aku bercelaru…mana mahu fikir pasal suami lagi.derita penyakit yang dianugerahkan Allah lagi..tapi aku terima dugaan ini dengan redha..mungkin ada kebahagiaan aku di sana..
Setibanya dirumah..abang izhar hanya memandangku sekilas..

Izhar= awak ke hospital mana semalam?doctor cakap apa?

Dyana= hospital pakar sana..jauh sikit..doctor takde cakap pape pon..pening biasa aja abang..

Izhar= kan abang dah cakap, takda pape..awak tu risau terlebih sangat..okeylah, abang nak keluar dengan kawan nie..mungkin tak balik malam nie..

Dyana=abang nak bermalam dimana? Balik lah malam nie abang..boleh?

Izhar= dah janji dengan officemate, dorang ajak berkhemah kat bukit sana..takkan la abang nak batalkan..alaa,awak duk diam-diam kat umah aje..rehat cuku-cukup.

Dyana=abang..kenapa abang dah berubah?mana sikap tanggungjawab abang? Sayang nak abang ada disisi sayang hanya untuk malam nie aja..please abang….maafkan sayang sebab sayang terpaksa memaksa abang..

Izhar=awak nie nak mengarut apa?esok abang balik la!bukannya lama mana pon. Satu malam je kan…dah laa..abang nak pergi nie..

** aku hanya mampu mendiamkan diri..salahkah aku mahukan suamiku ada disisi?salahkah aku mahukan kasih sayang dari suami? Ini yang aku dapat..mungkin dia suka jika aku pergi untuk selamanya..jika aku pergi esok..maafkan aku untuk kesekian kalinya..saat ini hatiku terguris..tidakkah dia tahu aku sedang berperang dengan maut.. “duhai suamiku..jika abang tahu sayang sedang menderita penyakit yang membawa maut ini, mungkin abang akan bagi sepenuh perhatian..tapi, sayang tak mampu nak beritahu abang..sayang tak mahu abang risau…” aku menangis hiba..aku perlukan kasih sayang dan perlukan sokongan dari insan tersayang..tapi…aku hanya sebatang kara di dunia ini..hanya pada suami tempatku mengadu..kini suami pula tak hiraukan aku…”

         Malam itu, sakitku menyerang lagi..aku gagahi juga untuk bangun dan solat..moga-moga dengan keberkatan solat sakitku akan tenang sekejap…tapi tidak..aku bagaikan lesu..hidungku berdarah hebat!lencun sudah kain sembahyang yang putih suci itu degan tompokan darah merah..aku terbaring lemah..penglihatanku semakin lama,semakin kabur…kabur dan terus kabur..aku melihat rohku memanggil-manggil sambil menghulurkan tangan untuk pergi dari dunia yang fana ini..aku tersenyum menyambut huluran tangan putih gebu itu..aku pejamkan mata dengan tenang..setenang yang mungkin sambil memeluk sepucuk surat yang aku coretkan khas untuk suami terchenta! Surat itu diselitkan didalam AL-Quran.semoga suamiku dapat membacanya dengan aman..

**
Untuk suamiku tercinta dan disayangi..

Warkah ke dua dari isterimu ini..harap abang dapat membacanya dengan penuh kasih sayang, rindu dan cinta..izinkan sayang pergi bertemu Illahi dengan tenang ya abang..jika ajal sayang menjemput, sayang akan pergi buat selamnya.. sayang tak mampu nak menolak takdir..maafkan sayang sebab merahsiakan penyakit tumor otak sayang ni..sayang tak mahu abang risau. Biarlah abang bergembira bersama-sama rakan seperjuangan abang. Cuma sayang agak kecewa sebab abang tiada disisi sayang untuk yang terakhir kali..tapi, abang jangan kecewa..sebab sayang dapat melihat abang buat kali terakhir pada siang hari tadi..sayang akan simpan kenangan kita bersama..semasa ketiadaan sayang, harap abang boleh uruskan diri abang sebaik mungkin..sayang pergi menghadap illahi, ada jodoh kita jumpa di sana ya abang..maafkan sayangmu ini jika banyak buat abang marah..sayang tak dapat nak masak untuk abang lagi..tapi takpa lah, abang bukannya suka jamah masakan sayang kan?harap itu tak menjadi masalah untuk abang..halalkan segala kasih sayang dan makan minum yang telah abang berikan selama hayat sayang didunia ini..jasa baik abang hanya Allah saja mampu membalas nya..ampunkan sayang ya abang..sayang cintakan abang sehingga nafas terakhir sayang..suami sayang adalah syurga sayang..sayang nak cium bau syurga..sebab itu, sayang ikut cakap abang selama nie..walaupun begitu, sayang tak pernah nak ambil hati. Semoga abang bahagia tanpa kehadiran sayang disisi…sayang nak pergi jauh-jauh..ada jodoh, kita bersatu semula disana..sayang nak abang tahu bahawa abanglah lelaki yang berdiri hebat di mata sayang..abanglah putera kesayangan sayang..cinta sayang hanya untuk abang..harap abang juga begitu..
Salam terakhir dari isterimu…
Dyana khalisha..


                 Setibanya dirumah…izhar tak keruan,,rasa berdebar-debar dan cemas..
Dia mencari-cari kelibat isterinya..dalam harapan dia boleh bertemu dengan dyana…alangkah terkejutnya izhar melihat sekujur tubuh terbaring lesu dan kaku dalam keadaan berkain sembahyang itu..tubuh kaku itu dipeluk hiba..

Sayangggg!!!!!!!!!!!!maafkan abang,..aabang banyak dosa dengan sayang..jangan tinggalkan abang sayang..

izhar menangis sepuas-puasnya kerana tak sempat memohon maaf daripada isterinya...dia rasa sungguh berdosa mengabaikan isterinya..dia kejam..izhar lemah longlai.habis semangatnya hilang..dalam hati masih menggunung cintanya terhadap dyana..tapi apakandaya, dyana sudah menghadap illahi..sungguh hiba melihat pemergian dyana tanpa suami disisi..jika dapat diundurkan masa..akan aku turut kata dyana untuk menemaninya buat kali terakhir semalam..tapi sudah terlambat! Akulah lelaki yang paling rugi didunia ini…aku alpa pada tanggungjawab sebagai seorang suami..mana mungkin aku dapat mencari pengganti sebaik dyana?

 *surat coretan dyana masih dalam  genggamannya..penuh hiba dan sendu ketika dia membbaca warkah isterinya itu.betapa hebatnya cinta sang isteri terhadap suami..tapi suaminya?

** sayangku dyana…kamu lah cintaku sehingga  akhir hayat...

“Sayangg…maafkan abang….akan abang simpan kenangan-kenangan kita sayang..kamu yang sentiasa bertahta dihati abang..abang insaf sayang..tapi keinsafan ini tak dapat dilihat oleh kamu..abang terlambat…maafkan abang sayang….”


termenung seorang diri di kala kesunyian..


rindu bagaikan menunggu sang rembulan di siang hari..

Created by: pinky pinxes90


Posted by Nazura Naa at 2:38 PM 2 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, November 3, 2011

segmen: PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500



ASSALAMUALAIKUM..


HAI korang! hari nie saya nak join segmen pencarian blog follower bawah 500 oleh  c genk.

macam saya nie memang layak la kan? hihihi..saja isi masa lapang nak join segmen nie.



nak join? meh tekan belog C Genk

okey..ada syarat-syarat tau..antaranya:

1)pastikan follower anda bawah 500

2) follow c genk(terpulang, lebih baik follow)

3) buat entry bertajuk :pencarian Blog Follower Bawah 500

4) letak banner diatas dan link kan ke entry ini

5) dah siap, hantar link anda ke ruangan entry ini

tarikh tutup: 11 november 2011











Posted by Nazura Naa at 5:07 PM 9 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

*dengan rasa Syukur..



ASSALAMUAIKUM SEMUA..



Alhamdulillah, segala kelas yang ada hari nie berjalan dengan lancar. masa lecturer tengah ngajar kat depan, aku tak boleh nak focus langsung. Ada satu hal yang buat aku malu sangat..nak tau apa dia?? lecturer aku siap tegur lagi  kenapa aku tak focus dalam kelas..have something wrong with you? huhuhh*abis budak-budak nie gelakkan aku. Malu betol la..dah la cakap aku ada something wrong. dia tanya soalan pon aku blurr ja..hahahaa..memang gilaa la kan! lepas tu, aku cakap tak faham...dia pon dengan semangatnya menerangkan segala yang dia ajar kat depan tu khas untuk aku..*ececee..gila perasan betol aku nie kan*
anak mata dia tu siap focus kat aku lagi..wooww..nie buat aku rasa tertekan sedikit..tapi nasib baik aku dah faham semua yang dia ajar hari nie..bersyukur la kan..ada lecturer yang concern kat student dia..yeahh!aku pon kena focus dah la lepas nie..lalala..

tau tak sebab apa aku kurengg focus dalam kelas tadi? sebab jasad je duk dalam kelas, tapi fikiran dah melayang-layang jauh terbang ke kampung halaman. wahhh!memang tak sabar nak bertolak balik ke jerteh, terengganu malam nie..ada tak kawan-kawan blogger saya nie orang jerteh? heee.. kalo ada, jom la kita balik sama-sama malam nie.haha..tapi buat masa nie barang-barang pon belom packing lagi..

so, dengan ini.. saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat rakan-rakan blogger saya. hope kamu semua pon balik dengan selamatnya ya..cuti raya jangan makan daging banyak sangat..kang pening and naik darah tinggi tak tentu pasal.hihihi..

doakan saya selamat sampai ke rumah ya..sapa-sapa orang jerteh tu, sila-sila lah ke rumah saya raya nie eh.hehe..okey guys.. see you all..maybe sepanjang cuti raya selama seminggu nie, saya jarang update..busy nak buat kuih raya...sebab ada tetamu khas nak datang umah.yehaaa!

bubyee semua..



bila balik umah, kompem saya rindu nak makan mee curry kat Green Jade!

sedapppp!


makan tengahari dengan ini, memang best. this is my feveret..

sapa-sapa yang dok johor, area skudai. meh singgah taman U dulu untuk makan mee curry..

hehe..*jadi tukang promote jap*






Posted by Nazura Naa at 4:40 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, November 2, 2011

* layann BIG APPLE!

ASSALAMUALAIKUM..


Hari ni memang takda kelas sangat. so penat pon kurang la..hikhik..

tapi semalam sangat sakit hati bila letrik dan air takdak! stress rasanya. semenjak dua menjak nie, UTM selalu je macamni.. tak tau la pasal apa, asyik buat renovation je.hurmm..sampai ke 5 pagi baru la muncul encik letrik ngn encik air ...time tu aku tengah syok tido lagi..hihihi..

tapi, dalam kegelapan semalam kami *aku, HAz and Syima* melantak big apple..haa..jangan jeles ya..kenyang sangat..macam nak pecah perut..tak habis pon makan..pastu, pagi tadi sambung balik!licin dah big apple tuh! =)

terima kasih kepada buah hati saya sebab belanja donut itu.

*terharu* ceceece..terharu la sangat..haha..nanti belanja lagi!



tengok kotak dah la..:p


tinggal 4 bijik dah..tak sempat nak snap gamba!haha


nyummm..nyumm...sedap!

alhamdulillah,kenyang..


saat ini terasa nak lagi..


korang tak mau belanja saya ke?hikhikhik...


terima kasih sudi tengok..saja nak buat kamu-kamu terliur!heee..
Posted by Nazura Naa at 3:53 PM 1 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
JADILAH MANUSIA YANG BERGUNA MAHUPUN DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT KELAK


S.I.M.P.L.E from M.E

My photo
Nazura Naa
Malaysia
just a simple name :NAZURA HANUN. panggil zura @ naa. sekarang nie jadi student tegar UTM.3rd year student of degree REMOTE SENSING.
View my complete profile

tumPanG Lalu

mari menabung!

LIKE page

 sedang skodeng pinky pinxes

i LOVE u IF you LOVE me!!

jom main click-click sini

churp-churp here!click me!

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2011 (60)
    • ►  December (23)
    • ▼  November (13)
      • FACEBOOK 1 MALAYSIA
      • "GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for F...
      • sweet words!
      • tips: nak tahu si dia betol-betol cintakan anda?
      • RINDU DIA..
      • 3rd Giveaway by Yana
      • Segmen Cik Bunny: Jom Blogwalking! (Bahagian 2)
      • CANDID TIME CONTEST
      • ~Semekar cinta hingga ke penghujung rindu~
      • segmen: PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500
      • *dengan rasa Syukur..
      • * layann BIG APPLE!
      • NAK CEGAH DARI CANCER? JOM TENGOK PRODUCT NIE..
    • ►  October (16)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)

ini S.A.Y.A

ini S.A.Y.A

JoM SeMbanG!

sI CanTek & sI HeNsem!

Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.
COPYRIGHT@ ORIGINAL BY PINKYPINXES90