-->
seuntai kata .

Sunday, September 2, 2012

DOA buat arwah kekasih tercinta

ASSALAMUALAIKUM

Lama sudah blog tidak terupdate..kawan2 blogger mungkin tak tahu, saya telah kehilangan kekasih hati saya pada 2 july 2012..sobs..sobs..(hati kecil menangis hiba). sebelum nie dia sedang bertarung nyawa kerana menghidap penyakit kronik leukimia.. semangat saya hilang sekejap..demi hidup, saya gagahkan jua menapak demi mngejar cita-cita yang masih tidak tahu hala tuju..

semalam 1 september 2012, mengenangkan tarikh lahirnya pada 1 september 1988.. semua kenangan2 saya bersamanya kembali diingatan. tahun lepas adalah kali terakhir kami celebrate birthday party. Sedih dan hiba hanya Allah saja yang tahu. ini ujian.. saya terima dengan hati yang terbuka. Jika kita tidak meredhai sesuatu, bermakna kita tidak menerima qada' dan qadar Allah.
Kami berpisah mati, berpisah dalam keadaan masih ada ikatan kasih sayang. Perit untuk mengharunginya bukan? Ya, saya perlu tabah. Jodoh kami tidak panjang. walaupun saya dan dia merancang untuk bernikah di saat sakitnya mula menyerang, tapi apakandaya, kita hanya mampu merancang..segalanya ditentukan oleh Allah. saya terkilan sebab tak dapat nak tunaikan permintaan terakhir dia, iaitu menjadi suri hidupnya.

seminggu sebelum dia meninggal, hari-hari dia menyatakan hasrat hatinya yang sama iaitu mahu mengahwini saya. Saya sedih dan hanya mampu tersenyum dengan permintaan itu sedangkan sakit leukimia dia sudah berada di tahap terakhir. di saat itu dia sudah lumpuh separuh badan. Tapi saya masih mampu menyokong dan menguatkan semangat dia. saya tidak pernah berniat mahu menjauhkan diri dari dia, malah sentiasa memberi kata2 semangat untuk dia terus kuat mengharungi hidup.

2 hari sebelum meninggal. keadaan saya buntu kerana masih tidak mampu melawat dia di hospital Penang. Allah gerakkan hati saya supaya mesti pergi jenguk dia. saya masih berpraktikal, mana mungkin boleh memohon cuti emergency? Allah masih membantu saya, dengan senang hati supervisor bagi cuti emergency. Alhamdulillah.. saya dapat cuti. dari terengganu ke jerteh (balik umah) dan mengemas. Tiket ke parit buntar? saya masih belum beli..huhuhu.. :'(
Dalam hati saya berdoa semoga dipermudahkan perjalanan. Pagi2 bergegas ke kaunter tiket, Alahamdulillah sekali lagi Allah menolongku. tiket hanya ada 1 je lagi. bermakna ada 1 seat kosong. Malamnya bertolak ke sana dalam perasaan sedih dan hiba. Hatiku berdoa semoga sempat menemuinya.

Setibanya di hospital penang, dia tersenyum padaku. syukur, walaupun dia lumpuh, tapi masih mampu tersenyum dan mengenaliku. 
kata-kata yang tak dapat aku lupa ialah bila mak dia tanya "sape tu ?"..lama dia tenung wajahku lalu berkata "ni lah kekasihku".. mahu teriak disitu, tapi berjaya jugak menahan air mata..

2 hari saya bermalam dihospital bersama keluarganya.. sentiasa berdoa dan baca Yaasin untuk dia. Bagi nasihat sebaik mungkin walaupun saya tahu harapan untuk dia sembuh sangat tipis.

1 hari sebelum dia pergi menemui illahi, dia sudah tidak mampu bergerak, bercakap malah tidak mampu lagi memandang alam sekeliling. Hanya mampu mendengar bisikan kalimah syahadah. 

pada pukul 2.10 pagi, nafasnya turun naik-turun naik, menandakan dia sudah di tahap akhir dan nazak. Saya hanya mampu memandang dengan titisan air mata. melihat keadaan itu, saya berdoa supaya Allah permudahkan urusan dia menemui Penciptanya. Pilu sungguh hati disaat melihat dia menarik nafas buat kali terakhir. saya seakan tidak percaya dia pergi secepat ini.. tidak percaya dia meninggalkan saya dan kenangan serta meninggalkan keluarganya yang tersayang. Innalillah... Dia sudah pergi meninggalkan kami semua. Kaki terkaku, air mata membeku, masih lagi tak percaya. Disaat Ibunya memelukku, baru tersedar dari mimpi sedih, Ibunya memelukku sambil menangis..ketika itulah air mataku mengalir dan sedar dia sudah tiada.. Al-Fatihah :'(

Betapa rindunya saya pd arwah...terpisah nya kami di dua alam yang berbeza..
Banyak kenangan pahit & manis ketika bersamanya..
Bila tiba "BESDAY" dia, macam2 dia mintak, nak itu & ini..tapi permintaannya hanyalah gurauan semata2..
Kini,dan saat ini, bila tiba 1 September, saya tak dapat lagi nak bagi hadiah...
Hadiah yang terbaik untuknya adalah DOA..
Doa supaya diperluaskan kuburnya, tenteramkan
rohnya di alam sana, semoga di cucuri rahmat dan diberkati Allah... Al-Fatihah :'(
Sampai bila2 pon saya tak dapat nak lupakan arwah..Hanya doa yang dpt mengiringi nya...
tapi DOA kan saya bertemu jodoh dgn orang yang baik2 & memahami saya seadanya, semoga hidup saya juga bahagia kelak...

Bahagia akan datang bila2 masa sahaja jika diizinkan Allah.
~InsyaAllah..AMIN YA RABBAL'ALAMIN~



Posted by Nazura Naa at 4:15 PM 4 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, June 24, 2012

kata-kata untuk hari ini..



ASSALAMUALAIKUM..



Just nak share sweet word ini..semoga hari esok lebih bahagia dari semalam.. semoga kita mendapat keberkatan dariNYA..






ALLAH ALWAYS WITH US..
NEVER FORGET ALLAH..


Posted by Nazura Naa at 1:02 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, June 21, 2012

Berpraktikal di UMT




salam...

Lama sudah blog nie terbiar... bukan takda masa, tapi busy lah jugak..lepas bertungkus lumus buat assignment, pastu study untuk final exam plak. Dah abes final exam yang bederet tu, sambung mai praktikal kat UMT plak. hadoii.. penat. No rest!

Now saya kat UMT dah. kat sini kena buat mini project untuk sepanjang praktikal.  dapat 1 pc khas untuk buat keje2, 1 meja khas utk saya.. tapi kena stay kat lab je. tapi takpe lah, staf semua sempoi2. nak balik awal pon dia bagi, in case ada reason lah. hee.. so, everyday boleh balik pukul 430 or 445 ptg. syiokk kan? haa..

tapi... 8-12hb june  kami akan bermalam di pulau bidong dan pulau redang.. kat sana bukan bercuti okey, kami kena buat filed work. boleh snokling bagai..yahoo..memang tak sabar.. even penat2 buat field work, kami boleh dapat ilmu lebih nak dapatkan in situ data.

okey la..setakat nie saja nak hupdate blog..nanti sambung lagi kisah bermalam di pulau bidong dan pulau redang.. 

sekian,

bye..
Posted by Nazura Naa at 8:53 AM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, April 18, 2012

Sayu hati ini




ASSALAMUALAIKUM

No one can see my heart. No one can feel what i feel right now. No one can help me. No medicine for me to forget all this. No one can make me happy like before , except HIM.

Dear Allah, 

Dengarlah hambamu merintih. Sesungguhnya tiada yang lain dapat menandingi segala ujian yang diberikan. Segala dugaan dan cabaran ini memang terlalu berat untuk seseorang itu menanggungnya, tapi dengan redha dan ikhlas aku menerimanya. Semoga apa yang terjadi hari ini , ada hikmah di sebaliknya. Dan mungkin ini juga yang telah Allah tetapkan untuk hambamu ini.

Ya Allah, berilah kesihatan yang terbaik untuk orang yang aku sayangi. Sembuhkan lah penyakitnya , ringankanlah bebanan yang di tanggungnya. Sesungguhnya Yang Maha Kuasa mampu memberi segala pertolongan hamba-hambanya. Amin.

Posted by Nazura Naa at 12:14 AM 1 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 17, 2012

Cantik dengan SF BEAUTY . Testimoni dari customer.




ASSALAMUALAIKUM.





Hai kalian. Apa macam sekarang nie? Sihat tak? 

Sapa ada masalah jerawat? Angkat tangan ! He he .

Untuk pertanya sila ke FB saya (nazura naa)   or Sms ke 019-4174291 (nazura)

Saya rasa sungguh bahagia bila customer mesej bagi komen positive pasal Sf beauty nie. Hope yang mana dah cuba Sf beauty nie terus menggunakannya. Tak rugi mencuba. Anda pastii berpuas hati. Sebelum ini saya sudah menggunakan banyak produk-produk. Pernah banyak kali repeat oder makan VCO utk jerawat dan dalaman. So far, ia juga baik utk dalaman termasuklah utk period cycle tapi jerawat halus2 still ada kat pipi. Sehingga lah saya temui produk sf beauty nie, terus terjatuh hati dengan SF. Sebab ia boleh menghilangkan jerawat2 halus dalam kulit saya. Hee.. Suka sangat2. Untuk makluman kalian, saya juga telah menggunakan Tab Soap, ia juga bagus kulit muka jadi tegang dan tak berminyak tapi jerawat halus saya tak hilang juga. Tona kulit saya sudah sekata dengan SF nie! Jadi sekarang saya sudah terrsuka dengan Sf ini. Anda bila lagi ? Guna sekali, pasti suka !


jerawat halus pada dahi
Jerawat hilang dalam masa 5 hari.


jerawat pada pipi
jerawat surut dalam masa 3 hari. Kulit muka rasa tegang. parut jerawat hampir pudar.

j
Posted by Nazura Naa at 8:45 PM 1 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, April 5, 2012

Ada masalah kulit muka? berjerawat?jeragat? banyak parut2?jom terjah sini




ASSALAMUALAIKUM




Hai korang. Dah lama x hupdate blog. Sini saya nak promote 1 produk kecantikan di mana ramai pengguna sudah berpuas hati termasuklah saya sendiri. produk SF Beauty nie di perkenal kan dari kelantan. Dijamin tiada bahan berasid. Tak menghakiskan kulit. Diluluskan oleh KKM. 

sesiapa yang mahu order: sila pm facebook saya : nazura naa or nazura razali 

okey? mahu tengok bukti2 pengguna yang dah guna SF beauty ni?

jomm..

TESTIMONI DARI SAYA:
okey sebelum tu saya nak bercerita testimoni dari saya sendiri:
sebelum nie kulit saya berjerawat kecil-kecil. Kadang2 bila mekap pon still nampak.
Pastu kulit tona tak sekata. P klinik habes duit beli ubat makan dan sapu tapi tak jadi jugak.
Tawakal guna product Sf beauty nie, Alhamdulillah kulit saya dah pulih. Tona dah sekata. Ada orang tegur, kulit saya dah licin dari dulu..kalo anda suka tak? suka tak? hehe..suka kan?
Tang jerawat lak, saya dok kira bape hari boleh kecut dan okey. Tiap2 hari dok picit jerawat yg sama, dalam masa 3 hari jerawat sudah tiada. Itu pengalaman saya sendiri lah. 


set besar :Vitamin E (sabun kuning), krim siang dan krim malam
utk kulit normal (mencerahkan kulit, menghilangkan jeragat, menghalus dan melicinkan kulit / flawless, menutup pori2 di muka)

set besar: Vitamin C ( sabun hijau), krim siang dan krim malam
utk kulit sensitif ( berjerawat, oily skin, menghilangkan parut2 jerawat, mengecutkan jerawat)


set besar, berminat PM me at FB 
or sms to 019-4174291 (SERIOUS BUYER ONLY)


Trial set
sabun: 1/3
krim siang: 10g
krim malam:10g



testimoni dari customer:















Posted by Nazura Naa at 11:30 PM 2 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 11, 2012

Nak tanya hangpa buleh dop ?




ASSALAMUALAIKUM


Selamat malam semua . 

Nak habaq kat hangpa semua . . .  Aku boring yang teramat sangat . Sakit hati , sadis , kecewa . Kalau campuq-campuq semua perasaan tuh , boleh buat pekasam . Makan pon sodap kot ? Arggghh ! Tension. 
Tension nie masuk bab lain tak termasuk dalam Bab Perasaan , oke . 

Nak tanya hangpa buleh dop ?

Hang sukaa dak , kalo orang janji kemain pada awalnya , at last dia habaq kat hang CANCEL  ?

 Dushh . . memang kecutdanggg . kan-kan-kan? Pahtu mula lah hangin mengamuk mai sepoi-sepoi bahasa . Yang sepoi-sepoi tu boleh la tahan lagi , kalo dah ribut  taufan tu mai , memang hancuss la kan . Oke , sabaq-sabaq . Dengar dulu reason dia cakap apa . Dia habaq penat keja . Tolong la paham , orang penat keja ngan orang dok melangut kebosanan macam aku nie lain situasi dia . ye dop ? . Aku tak penat pon . Dia la hak penat keja . Balik-balik penat dan mau tidoq . 

Takpa lah , tak mau kacau dah . Mood majuk + ngada-ngada sat . Esok kompem-kompem elok balik . Automatik ! Memang takleh main emosi lama-lama .

.
.
.
.
.
.
.

To Abang . . . . Sila baca latest entry nie . It just for you okey . Kalau nak pujuk , sila belanja big apple ke sekotak. he he he :p
Posted by Nazura Naa at 11:02 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, March 10, 2012

Lulus tak nak jadi bini orang ? ? ?




ASSALAMUALAIKUM


Hujung minggu yang sangat bosan sebab aku just terperuk kat bilik je. Tak kuar p mana-mana pon . Memang la bosan . Dari tadi aku dok godek-godek album . Maka terjumpa lah cookies , kek coklat , dan karipap yang aku buat sendiri . Bila tengok , terliurrr lah pulak nak bergandum-gandum dan buat semua makanan tuh . Sabarrr! Tunggu aku balik umah baru lah boleh nak adun-mengadun neh . 

Sape nak rasa hasil air tangan aku neh ? cepat hulur kan bekas.. he he he.. macam la dapat kan? 

jeng.. jeng.. jeng..

agak-agak lulus tak nak jadik bini orang nie ? 
kompem la lulus kan... ahaakss.. buat andaian sendiri !


 nie moist coklat cake




tart nenas gulung


biskut dahlia


almond london


cornflakes madu



biskut coklat tabur


hasil karipap yang kelim tangan.



Biskut /cookies tue semua dah macam mood raya lah pulakk!
rinduu nak makannn yang fresh dari oven. hehe.


Posted by Nazura Naa at 6:46 PM 4 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, March 9, 2012

3 jenis hati... Anda hati apa?




ASSALAMUALAIKUM




Hujung minggu rasa sangat lega sebab tak payah pikir pasal kelas. So, kita ENJOYYY! *gaya nora danish*  he he he.. Oh malam yang sunyi. Hp aku pon tak berbunyi. Hp pon nak sunyi jugak, bising je memanjang kan. Malam nie aku bagi hp tu rest. Mood malas nak topup , kalo ade orang nak belanja topup boleh jugakkk. :p

Aku nak buat style senang je la :

" Sape nakk, dia cari la sendiri " 

Sometime terasa jugak nak orang cari kita . Ye dop ? Rasa la kita nie di perlukan , takda la macam kita je yang mencari .

Menilai pentingnya orang tu dalam hidup seseorang sebenarnya kita boleh perhatikan sendiri. Sebagai contohnya, kalau kita buat tak tau or just keep it in silence , ada tak si dia mai cari ? mesti la ada kan even it just a call or text message. Rite? Cuma respond cepat atau lambat je .

 Ada sesetengah orang , hati kayu (degil) :
Bila si A buat senyap , si B pon buat tak tau jugak . Sampai melarat dan gaduh-gaduh. Ada kan? Tue sebab sama-sama keras kepala dan takmo mengalah. Senang kata ego tahap tinggi melangit. Nak tongkat langit dengan ego ke? pikir-pikir kan. 


Ada sesetengah orang, hati sayur. (lembut) :
Bila si A marah, si B cepat-cepat pujuk . Kalau tak pujuk pon takpe lah , buat lawak pon dah okey. At least ada gelak tawa takda la rasa nak marah membara kan . Ye tak? Orang yang hati sayur nie , jenis yang lembut hati . Marah sekejap-sekejap je . Macam sayur la , bila masak lama-lama dia jadi lembik kan. Manusia pon boleh diibaratkan macam tu jugak.

Ada sesetengah orang, hati kering ( takdak perasaan) :
Penah dengar tak istilah hati kering ? Hati kering nie senang nak habaq kat hang, orang yang takdak perasaan. Contohnya, kalo si A marah , Si B buat bodo @ don't no je . Macam takdak pape berlaku . Last-last sekali, orang yang marah tu kena cool down sendiri . Orang yang hati kering nie kadang-kadang dia selamba badak je lagaknya , tapi kadang-kadang boleh buat orang marah dannn kadang-kadang jugak dia boleh buat orang nak lempang laju-laju sebab dia memang takdak perasaan . he he hee . Oppsss ! terlebih pulak sampai nak lempang-lempang. 



Okey, cukup tak 3 jenis hati nie . Anda tergolong hati mana satu? 




Posted by Nazura Naa at 11:35 PM 5 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, March 8, 2012

Ungkapan kata-kata


ASSALAMUALAIKUM..



Alhamdulillah . Dengan rasa syukurnya, sehingga saat ini aku masih lagi bernafas. Tenggelam timbul di dunia maya bukan bermakna senyap untuk selamanya. Kesibukan melanda diri dan takda idea nak hupdate belog kusam ini. hee.

Nak share kata-kata indah je
walopon ia hanya kopipes..


Dalam setiap keindahan, ada mata yang melihatnya.
Dalam setiap kebenaran akan ada telinga yang mendengarnya.
Dalam setiap cinta akan ada yang menerimanya.

Waktu terlalu lambat berlalu disaat kita menunggu.
Waktu terlalu cepat bagi siapa yang takut.
Waktu terlalu lama bagi mereka yang sedang dilanda kesedihan
Waktu terlalu pantas berlalu bagi mereka yang sedang bergembira
tetapi waktu itu tetap abadi bagi mereka yang hangat bercinta.

Cinta tak pernah meminta, malah ia sentiasa memberi.
Cinta kadangkala membawa penderitaan, tapi ia tak pernah berdendam dan membalas dendam.
Dimana ada cinta, disitu ada kehidupan yang bahagia.
Dimana ada kekecewaan, disitu adanya derita.

Hebat bukan? 




Posted by Nazura Naa at 12:36 AM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, February 20, 2012

Sekadar Luahan




ASSALAMUALAIKUM..






Lama sudah blog aku terbiar . Kalau tinggalkan umah lama-lama , dah tentu naik lalang-lalang di sekelilingnya kan ? Nak kata aku mencari idea untuk berbelog , memang tak lah kan . Cuti sem 2 minggu , pastu sambung ngan survey camp kat KL selama 10 hari . Sampai ke JB plak sehari sebelum kuliah sem baru start . Arghhh ! aku agak tekanan . Homesick tetiba plak neh . 

Semenjak dua menjak neh aku rasa tak tenang sangat . Rasa tak hepy macam orang lain rasa . Kadang- kadang rasa diri nie sangat tak bertuah sebab asyik ada masalah dalaman je kan . Tapi takpe, semua tu dugaan hidup je . Must be strong in what ever i do ! Tanpa masalah , diri kita takkan rasa tercabar . Kita tak tahu setakat mana diri kita boleh hadapi masalah-masalah tersebut . 

Macam mana nak bahagiakan diri sendiri tanpa melibatkan orang lain ? Kadang-kadang aku nak lari masalah nie dengan baca buku-buku ilmiah . Tak pon baca novel . Bila dah rasa bosan tu , better buat keje-keje yang lain spt tengok pokok-pokok bunga yang menghijau tu . Tengok kanak-kanak riang bermain . Serius , rasa sangat tenang buat semua tu . Tapi seelok eloknya lah , baik kita mendekatkan diri dengan ALLAH . Bacaan dan alunan ayat-ayat Al- Quran boleh tenang kan jiwa . Bila terlalu sayu sangat , rasa diri ini tak sekuat mana , mulalah air jernih keluar dari tubir mata sambil mengalunkan ayat-ayat al Quran . Sungguh pon begitu , dalam hati sangat puas dan lega . Rasa beban yang ditanggung hilang buat seketika . 


Sebagai manusia biasa , sangat sukar untuk tidak melakukan kesilapan . Memang ada yang kita buat silap . Manusia memang tak perfect . Aku yakin , cubaan dan dugaan yang di kurniakan olehNYA ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku . Sebagai khalifah , kita patut bersyukur . Dugaan yang di berikan kepada kita sebab DIA sayangkan kita . 
Posted by Nazura Naa at 6:45 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 17, 2012

Tak sabar menanti




ASSALAMUALAIKUM



Lama  sudah tak bersua muka dengan kekasih-kekasih hatiku di kampung halaman .Rasa rindu sudah . Banyak benda yang nak di ceritakan . Tapi bersabar lah wahai hati . Esok , aku dah boleh balik . Tiket bus malam esok . Hoyeahhh ! Balik bercuti 2 minggu . Pastu sambung Camp kat UTM KL plak . Huh ! sem nie cuti 2 minggu je . Terpaksalah berkorban demi segulung ijazah ! Balik umah nanti , boleh la aku mencari ilham nak karang cerpen pendek aku tu . Who knows one day i can publish my own novel ? hehe . Takpe , tue salah satu impian aku . InsyaAllah , akan jadi kenyataan . Sokong aku yeah .


Tengok gambar nie , rasa rindu sangat zaman kanak-kanak dulu . Huhu .


Lagi 1 , aku ada order Miracle Tab Soap . Wahh ! memang tak sabar nak terima product tuh . Nanti aku share kat anak-anak dara sekalian ya kalau product tu betul-betul berkesan . Sebab aku tengok testimoni orang ramai cakap Product Miracle Tab ex tu memang awesome ! So , aku nak try la . Mana la tau kan parut yang dah 20 tahun bertapak kat muka aku nie boleh hilang . Kalau hilang , memang menakjubkan product neh . he he he . Just wait and see what gonna be happen , Okey !

Sampai sini jelah coretan untuk hari ini . Sekarang nie pon tengah Camp nie . Sempat lagi kan nak ber Blog ! hee . Bye ye ! See you when I see you . Muahhx !



Rindu nak dengar ayam berkokok !





Posted by Nazura Naa at 10:07 AM 1 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 16, 2012

16 January : I Love You



ASSALAMUALAIKUM





16 JANUARY 2011: Tarikh aku start berdrama cinta dengan si dia . 
16 JANUARY 2012 : Tarikh di mana genap setahun kami kenal antara satu sama lain . 

Rasa bahagia tu sudah tentu tapi rasa sedih dalam tempoh kita bercinta pastinya ada jugakkan . Manusia takkan sentiasa rasa bahagia , adakalanya rasa sedih dan kecewa . Tempoh setahun mengenali hati budi masing-masing , adalah tempoh yang agak singkat . Kenapa ? ? Sebab , setahun masa berlalu sangat sekejap  . Dia pergi meninggalkan kita tanpa menunggu walaupun sesaat . Kadang-kadang , aku menyalahkan waktu . kenapa ? ? Sebab , masa tak pernah berhenti di saat kita rasa sangat bahagia . ye kan ? Di saat masa tu berlalu , pastinya benda lain akan terjadi . Saat bahagia tu kita lupakan seketika . Masih banyak cubaan dan halangan yang patut kita tempuhi . 

Hurmm . kadang-kadang aku mengeluh seorang diri . Mengeluh tu tak baik kan . Manusia tak pernah lari dari membuat silap. Aku tertanya "kenapa kita tak tahu jodoh kita" ? Adakah kita akan bersama si dia yang kita cintai atau sudah tertulis disana kita dengan orang lain ? - satu persoalan . Allah suruh kita mencari jodoh yang baik , kita hanya merancang dan segala yang menentukan adalah DIA .



Kini , umur sudah 22 tahun (betul-betul 22 tahun bila 27 october nie) . Tahun depan dah 23 tahun . Pastinya soalan "Bila nak kahwen " akan muncul di mulut manis sedara mara . Tu pon sesudah aku Grad ! Aku tahu , masa akan berlalu tanpa kita sedar . Sedar-sedar esok , kita dah nak kawen . Haa . Hidup memanglah realiti . Nak tempuhi alam realiti nie memang banyak cabarannya . Kan ? Tempuhilah dengan tabah .

Adat bercinta , aku hanya ingat satu nie je : Kita mesti setia . Biarlah orang tu tak setia pon . Suatu hari pasti dia sedar kita benar-benar ikhlas kat dia . Dan pastinya dia akan kembali pada kita . Tapi , seandainya rasa tak bahagia , lepaskan lah dia ibarat burung terbang . Biarkan lah dia bebas . Jika dia milik kita , pasti dia akan kembali semula . Semoga hubungan kami berpanjangan hingga ke akhirnya . Amin . 

Bak kata Ustaz : Kita boleh sembahyang istihkarah bukan sahaja untuk jodoh . Tapi untuk benda lain pon boleh . Lepas kita sembahyang istikharah (untuk jodoh ) : bila kita tengok dia , kita rasa bahagia , rasa tenang dan berlapang dada , maka dia adalah jodoh yang baik . Tapi , bila kita tengok dia , kita rasa kusut , rasa sempit dada , tak tenang , maka dia bukan jodoh yang baik . Fikir-fikir kan lah . 

Doakan saya dengan si dia hingga ke akhirnya . Biar nyawa bercerai dari badan bisa memisahkan kami . 

Dear my sweetheart , i love you till the end . 







Posted by Nazura Naa at 1:58 AM 2 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 11, 2012

PELAMIN IDAMAN




ASSALAMUALAIKUM


Hui . Title macam orang nak kawen kan ? ha ha . Exam pon tak habes lagi nyah oi . Kelas ko Jah ! dah nak kawen ye ? Gatai . Aku teruja tengok pelamin orang-orang kawen. Cantek kot ! ehemmm . Aku lambat lagi nak kawen . Tunggu korang kawen dulu lah ye . Kawan aku anta gambar pelamin kat skype . Phewww . Sekali tengok terus teruja . Memang comey . Tapi tak tahu la dia rembat kat mana gambar pelamin tu . Yang penting aku cakap cun . Hee . 

Balik kampung nanti nak cakap kat ma :

" Ma , nak kawen ! nak kawen !"
dushhhhhh! dushhh ! kompem aku kena cubit tak pon boleh makan pelempang free . mesti ma cakap gatai nak kawen . Sekolah pon tak habes lagi . hahaha . Tunggu la 2 or 3 tahun lagi kan . . .okey ! sabarr je lah !




tak mahu tulih panjang-panjang dah . nak tunjuk pelamin idaman je . kuikuikui .

cantik tak ? 
kalau tak cantik , tak pe . Aku suka !

nahhh! ini dia pelamin nya .




Posted by Nazura Naa at 5:43 PM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

countdown for last Paper




ASSALAMUALAIKUM





Fuhhhhh...fuhhh... Sapu habuk. kedebuk kedebak banyak sesawang sebab aku dah lama tak hupdate blog neh. Aiyaaa . Apa sudah jadi ? Aku kan dah jadi orang Paling Rajin di abad ini . Muahahaha . Study week + exam week = Final. Aku rasa sangat tension gila sebab semua paper sem nie susah-susah woo. Di sebab kan aku tak berapa nak pandai, kena la push diri untuk study tekun-tekun . Okey, esok ada satu hari lagi untuk aku study subject yang tak berapa nak gemar : DIP II. Walaupon dah dapat tips apa yang perlu focus, tapi still banyak yang aku tak tahu . Camana neh ? Hadoii . . . Aku kena berguru jugak lah dengan kawan-kawan nie ye. Pagi nie niat nak stay up . Tapi terjebak pulak dengan dunia maya , Blog aku neh. Luang kan masa sekejap lah . he he he. So, as the conclusion. Last paper aku pada hari Khamis ini . Oh ! sungguh aku tak sabar sesangat nak habiskan exam nie. Wish me luck babeh ! 


Bye. Nak study . Semoga ada cahaya petunjuk untuk aku mudah paham subject nie. 
Posted by Nazura Naa at 2:19 AM 0 000 yang comey & cute
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
JADILAH MANUSIA YANG BERGUNA MAHUPUN DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT KELAK


S.I.M.P.L.E from M.E

My photo
Nazura Naa
Malaysia
just a simple name :NAZURA HANUN. panggil zura @ naa. sekarang nie jadi student tegar UTM.3rd year student of degree REMOTE SENSING.
View my complete profile

tumPanG Lalu

mari menabung!

LIKE page

 sedang skodeng pinky pinxes

i LOVE u IF you LOVE me!!

jom main click-click sini

churp-churp here!click me!

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (15)
    • ▼  September (1)
      • DOA buat arwah kekasih tercinta
    • ►  June (2)
      • kata-kata untuk hari ini..
      • Berpraktikal di UMT
    • ►  April (3)
      • Sayu hati ini
      • Cantik dengan SF BEAUTY . Testimoni dari customer.
      • Ada masalah kulit muka? berjerawat?jeragat? banyak...
    • ►  March (4)
      • Nak tanya hangpa buleh dop ?
      • Lulus tak nak jadi bini orang ? ? ?
      • 3 jenis hati... Anda hati apa?
      • Ungkapan kata-kata
    • ►  February (1)
      • Sekadar Luahan
    • ►  January (4)
      • Tak sabar menanti
      • 16 January : I Love You
      • PELAMIN IDAMAN
      • countdown for last Paper
  • ►  2011 (60)
    • ►  December (23)
    • ►  November (13)
    • ►  October (16)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)

ini S.A.Y.A

ini S.A.Y.A

JoM SeMbanG!

sI CanTek & sI HeNsem!

Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.
COPYRIGHT@ ORIGINAL BY PINKYPINXES90