ASSALAMUALAIKUM
Lama sudah blog tidak terupdate..kawan2 blogger mungkin tak tahu, saya telah kehilangan kekasih hati saya pada 2 july 2012..sobs..sobs..(hati kecil menangis hiba). sebelum nie dia sedang bertarung nyawa kerana menghidap penyakit kronik leukimia.. semangat saya hilang sekejap..demi hidup, saya gagahkan jua menapak demi mngejar cita-cita yang masih tidak tahu hala tuju..
semalam 1 september 2012, mengenangkan tarikh lahirnya pada 1 september 1988.. semua kenangan2 saya bersamanya kembali diingatan. tahun lepas adalah kali terakhir kami celebrate birthday party. Sedih dan hiba hanya Allah saja yang tahu. ini ujian.. saya terima dengan hati yang terbuka. Jika kita tidak meredhai sesuatu, bermakna kita tidak menerima qada' dan qadar Allah.
Kami berpisah mati, berpisah dalam keadaan masih ada ikatan kasih sayang. Perit untuk mengharunginya bukan? Ya, saya perlu tabah. Jodoh kami tidak panjang. walaupun saya dan dia merancang untuk bernikah di saat sakitnya mula menyerang, tapi apakandaya, kita hanya mampu merancang..segalanya ditentukan oleh Allah. saya terkilan sebab tak dapat nak tunaikan permintaan terakhir dia, iaitu menjadi suri hidupnya.
seminggu sebelum dia meninggal, hari-hari dia menyatakan hasrat hatinya yang sama iaitu mahu mengahwini saya. Saya sedih dan hanya mampu tersenyum dengan permintaan itu sedangkan sakit leukimia dia sudah berada di tahap terakhir. di saat itu dia sudah lumpuh separuh badan. Tapi saya masih mampu menyokong dan menguatkan semangat dia. saya tidak pernah berniat mahu menjauhkan diri dari dia, malah sentiasa memberi kata2 semangat untuk dia terus kuat mengharungi hidup.
2 hari sebelum meninggal. keadaan saya buntu kerana masih tidak mampu melawat dia di hospital Penang. Allah gerakkan hati saya supaya mesti pergi jenguk dia. saya masih berpraktikal, mana mungkin boleh memohon cuti emergency? Allah masih membantu saya, dengan senang hati supervisor bagi cuti emergency. Alhamdulillah.. saya dapat cuti. dari terengganu ke jerteh (balik umah) dan mengemas. Tiket ke parit buntar? saya masih belum beli..huhuhu.. :'(
Dalam hati saya berdoa semoga dipermudahkan perjalanan. Pagi2 bergegas ke kaunter tiket, Alahamdulillah sekali lagi Allah menolongku. tiket hanya ada 1 je lagi. bermakna ada 1 seat kosong. Malamnya bertolak ke sana dalam perasaan sedih dan hiba. Hatiku berdoa semoga sempat menemuinya.
Setibanya di hospital penang, dia tersenyum padaku. syukur, walaupun dia lumpuh, tapi masih mampu tersenyum dan mengenaliku.
kata-kata yang tak dapat aku lupa ialah bila mak dia tanya "sape tu ?"..lama dia tenung wajahku lalu berkata "ni lah kekasihku".. mahu teriak disitu, tapi berjaya jugak menahan air mata..
2 hari saya bermalam dihospital bersama keluarganya.. sentiasa berdoa dan baca Yaasin untuk dia. Bagi nasihat sebaik mungkin walaupun saya tahu harapan untuk dia sembuh sangat tipis.
1 hari sebelum dia pergi menemui illahi, dia sudah tidak mampu bergerak, bercakap malah tidak mampu lagi memandang alam sekeliling. Hanya mampu mendengar bisikan kalimah syahadah.
pada pukul 2.10 pagi, nafasnya turun naik-turun naik, menandakan dia sudah di tahap akhir dan nazak. Saya hanya mampu memandang dengan titisan air mata. melihat keadaan itu, saya berdoa supaya Allah permudahkan urusan dia menemui Penciptanya. Pilu sungguh hati disaat melihat dia menarik nafas buat kali terakhir. saya seakan tidak percaya dia pergi secepat ini.. tidak percaya dia meninggalkan saya dan kenangan serta meninggalkan keluarganya yang tersayang. Innalillah... Dia sudah pergi meninggalkan kami semua. Kaki terkaku, air mata membeku, masih lagi tak percaya. Disaat Ibunya memelukku, baru tersedar dari mimpi sedih, Ibunya memelukku sambil menangis..ketika itulah air mataku mengalir dan sedar dia sudah tiada.. Al-Fatihah :'(
Betapa rindunya saya pd arwah...terpisah nya kami di dua alam yang berbeza..
Banyak kenangan pahit & manis ketika bersamanya..
Bila tiba "BESDAY" dia, macam2 dia mintak, nak itu & ini..tapi permintaannya hanyalah gurauan semata2..
Kini,dan saat ini, bila tiba 1 September, saya tak dapat lagi nak bagi hadiah...
Hadiah yang terbaik untuknya adalah DOA..
Doa supaya diperluaskan kuburnya, tenteramkan
rohnya di alam sana, semoga di cucuri rahmat dan diberkati Allah... Al-Fatihah :'(
Sampai bila2 pon saya tak dapat nak lupakan arwah..Hanya doa yang dpt mengiringi nya...
tapi DOA kan saya bertemu jodoh dgn orang yang baik2 & memahami saya seadanya, semoga hidup saya juga bahagia kelak...
Bahagia akan datang bila2 masa sahaja jika diizinkan Allah.
~InsyaAllah..AMIN YA RABBAL'ALAMIN~