ASSALAMUALAIKUM...
Hai korang!apa khabar semua? semoga sihat-sihat hendaknya..dah seminggu bercuti kat umah..tetiba rasa rindu sangat tak berbelog..huhu..okey..nie nak share 1 cerita yang direka khas oleh saya untuk santapan sahabat-sahabat blogger sekalian..dah baca tu, ringan-ringankan tangan anda komen ya!bukan apa..just nak tahu penulisan saya nie okey ke tak..selamat membaca ya!hehehe..=)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
~Semekar cinta hingga ke penghujung rindu~
Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi kerana semua berjalan lancar pada majlis perkahwinanku. Waktu mula-mula kenal dengan abang izhar dulu, aku langsung tak mahu berkenalan dengannya..maklum lah dulu dia seorang kaki perempuan sikit.pantang nampak perempuan berdahi licin, laju je dia nak berkenalan. Alhamdulilah, kini tak sangka dia dah jadi suami aku. Harap-harap lah dia tak berubah ke perangai lama dia tu.InsyaAllah..segalanya baik-baik belaka.
Hampir 3 tahun kami berkahwin. Tapi kami masih belum punyai cahaya mata..mungkin ini bukan rezeki kami sekeluarga. Sudah buat check up kat hospital, tiada diantara kami yang tak sihat atau mandul. belum ada rezeki lagi untuk kami menimang cahaya mata. Ya!sampai saat ini aku masih lagi mampu bersabar.
Sejak akhir-akhir ini, saban hari suami ku berkerja siang dan malam.pergi ke pejabat pukul 8pagi dan pulang kerumah hampir pukul 10 malam.perkerjaan apakah yang suamiku bekerja sebenarnya? Dalam hati aku berkata, tak mungkin kerja pejabat akan pulang selewat ini..aku berperasangka buruk.mana lah tahu ada apa-apa yang abang izhar rahsiakan dari pengetahuan aku selaku isterinya sendiri.
Hidup aku makin lama makin sunyi tanpa gurauan senda suamiku. Sudah tiada masa terluang untuk kami bersembang-sembang seperti waktu mula-mula kawin dulu.ternyata abang izhar berubah dalam sekelip mata.perangainya yang baran seringkali membuatku tersinggung dan sakit hati. Hampir saban hari dia memarahi aku, sedangkan perkara kecil pun dia mengamuk sakan. Macam dirasuk hantu. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku antara kami. Sudah makin menebal jurang antara kami, sedangkan dulu dia tak sanggup berpisah denganku walaupun satu jam! Tapi kini? Aku rasa dia bahagia tanpaku disisinya. Abang izham banyak bmenghabiskan masa di luar bersama rakan sepejabatnya. Bila aku bertanya pergi mana, dah makan ke belum. Dia hanya berpesan, “ kalau sayang lapar, tak payah la tunggu abang. Abang makan kat luar aje dan ingat, abang tak suka kalau sayang banyak bertanya kemana abang pergi.”
Dalam hatiku “kenapa suamiku berkelakuan seperti ini?adakah dia sudah ada hiburan lain di luar sana? Mungkin beristeri muda? Hurmm..aku sudah buntu..Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan penyelesaiannya, aku mahukan suamiku yang dulu.bukan yang sekarang. Kenapa abang izhar sudah berubah. Dia langsung tak pedulikan aku.sihatkah aku? Terseksakah aku jika dia terus berkelakuan dingin terhadapku? Saat ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Pada siapa lagi aku patut mengadu? Perihal rumah tangga, tak baik di heboh-hebohkan, ini soal maruah. Hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Tapi sampai bila aku harus bersabar?sampai satu tahap, tembok kesabaranku juga akan runtuh.
**Pada cuti hujung minggu**.
Dyana= abang..sibuk tak hari ni?
Izhar= erm..sibuk kot..kenapa?
Dyana= sayang nak ajak abang temankan pergi hospital pukul 11 pagi nanti.boleh tak abang?
Izhar=nak buat apa ke hospital? Sayang sakit ke?abang tengok sihat je tu..
Dyana= pening kepala la abang. Sejak minggu lepas lagi kepala sayang asyik pening je.tak tahu la sebab apa..risau jugak.
Izhar= alaa,pening biasa la tu kot. Awak kan penat kerja.takda rehat. Makan ubat panadol okey la tu..takda pape pon..
Dyana= takpe lah abang kalo tak nak temankan. Sayang boleh drive sendiri.
*beberapa minit kemudian**kringgg!kringg!kringg!
Telefon abang izhar berdering. Mungkin kawannya call.
Izhar= hello..ya hilmi..haaa..okey-okey.aku free hari ni. Tunggu aku kat kelab golf. Setengah jam nanti aku sampai..Wasalam..
**
Izhar= sayang..abang nak keluar nie..
Dyana=yelah.. hati-hati abang…maafkan sayang susahkan abang selama ini…
“sambil mencium tangan suami tercinta”
Izhar= yelah..pergi dulu ya…
Setiap minit berlalu..macam sebulan lamanya..ya Allah..sakitnya kepala aku..berdenyut-denyut, macam nak pecah kepala..sakit apakah yang Engkau nak duga hambamu ini Ya Allah…air mata aku mengalir kerana terlalu sakit.peritnya hanya Dia saja yang tahu. Lama aku terduduk di lantai.tak ada kudrat untuk aku bangkit. Aku berjalan setapak demi setapak, akhirnya tubuhku longlai jatuh ke lantai.aku tak sedar apa-apa..sehinggalah malam, aku terjaga dengan kepala yang masih lagi sakit. Tapi hampa bila suami ku masih belum pulang.jam menunjukkan pukul 9 malam.
Aku call abang izhar langsung tak berjawab. Mesej juga tak berbalas. Lalu aku coretkan surat supaya bila abang izhar pulang kerumah nanti dia tak risaukan selama ketiadaanku di rumah..
Kehadapan abang yang kusyangi..
Maafkan sayang kerana keluar rumah di waktu malam tanpa ditemani abang..maaf sekali lagi abang..sayang bukan kemana-mana.Cuma sayang nak ke hospital.sudah tak tertahan kepala sayang nie asyik sakit aje. Mugkin doctor boleh bagi ubat penahan sakit. Abang janganlah risau ya. Jika abang lapar, makanan sudah tersedia dihidang kat atas meja tu. Abang makan la sikit ya. Penat sayang masak. Mana tahu hari esok sayang tak dapat nak masakkan untuk abang lagi.kang rindukan masakan sayang pulak..lagi satu, sayang nak pesan..baju-baju abang tu sayang dah gosok dan tersangkut dalam almari.esok-esok takda la abang mengamuk marahkan sayang sebab tak iron baju abang..sayang takut balik lambat aje nie. Kalo dah lewat malam mungkin sayang bermalam rumah Syila aja.sebab umah dia sebelah hospital tu..okey..sayang pergi dulu ya abang..
Salam kemaafan dari sayangmu yang serba naïf ini..sayang tak tahu kenapa sayang terlalu rindukan abang. Walaupun abang sentiasa ada dirumah, tapi rindu sayang tetap menggunung terhadap abang. Sayang rindukan abang izhar yang dulu, yang sentiasa bergelak tawa dan romantic. Tapi kini hanya tinggal kenangan. Abang sudah berubah..maafkan sayang kerana masih belum dapat berikan abang zuriat..kita sudah cuba, tapi mungkin ini dugaan bagi kita.
Sayang harap, abang simpanlah surat ini untuk kenangan di hari esok. Mungkin sayang tak dapat nak buat seperti ini lagi..
**sejam yang lalu aku selamat tiba di hospital pakar. Diwaktu begini kepala aku berdenyut-denyut bagaikan ada kejutan elektrik. Seluruh badanku menggigil dan muka ku pucat. Aku hanya mampu berdoa. Nasib aku baik aku dipapah oleh seorang jururawat disitu..setelah diberi ubat penahan sakit, aku terus lena tak sedarkan diri. Aku di tahan di wad.
Keesokan harinya, doctor hisyam mendekati aku, dan bertanya:
Doctor= awak dah berapa lama sakit kepala nie?
Dyana= dah lama doc..Cuma yang seringkali sakit nie sejak minggu lepas. Sakit kepala yang teramat sangat.saya terpaksa drive sorang-sorang semalam sebab tak tahan sakit.
Doctor= oh..suami kamu mana?boleh saya nak jumpa dia?
Dyana= urmm..suami saya takda doc..dia keja pagi ni..doctor boleh bagitau saya aja tentang penyakit yang saya hadapi tu.saya tak mahu suami saya risau..
Doctor= maafkan saya dyana. Jika kamu datang pada peringkat awal lagi, mungkin ia boleh diubati..tapi sekarang nie kamu dah peringkat akhir..saya hanya boleh bagi ubat penahan sakit saja.
Dyana= *terkelu lidah, dan hanya mampu mengalirkan air mata saja*saya sakit apa doc?
Doctor= awak ada ketumbuhan dikepala. Tumor otak..ia sangat merbahaya..sistem saraf kamu akan menjadi lemah serta merta. Saya harap awak boleh bersabar..awak perlu dirawat di hospital selama 2 hari lagi.jika keadaan awak okey dari sebelum nie, saya benarkan awak pulang..
Dyana= doc..saya sihat dah hari ni..saya mesti balik rumah.nanti suami saya risau..boleh ya doc?
Doctor= ini procedure hospital..awak ditahan di wad..ini untuk kebaikan awak juga..jika awak berkeras mahu pulang, saya boleh bagi kebenaran.jika awak terasa sakit, datang lah ke hospital..
Dyana=terima kasih doc..
Dyana tengok hp nya takut-takut abang izham ada call atau mesej.. tapi hampa..mungkin suaminya tak hiraukan dia lagi..dan tak kisahkan pasal isterinya lagi..
** aku sangat berduka tentang sakit tumor otak..fikiran aku bercelaru…mana mahu fikir pasal suami lagi.derita penyakit yang dianugerahkan Allah lagi..tapi aku terima dugaan ini dengan redha..mungkin ada kebahagiaan aku di sana..
Setibanya dirumah..abang izhar hanya memandangku sekilas..
Izhar= awak ke hospital mana semalam?doctor cakap apa?
Dyana= hospital pakar sana..jauh sikit..doctor takde cakap pape pon..pening biasa aja abang..
Izhar= kan abang dah cakap, takda pape..awak tu risau terlebih sangat..okeylah, abang nak keluar dengan kawan nie..mungkin tak balik malam nie..
Dyana=abang nak bermalam dimana? Balik lah malam nie abang..boleh?
Izhar= dah janji dengan officemate, dorang ajak berkhemah kat bukit sana..takkan la abang nak batalkan..alaa,awak duk diam-diam kat umah aje..rehat cuku-cukup.
Dyana=abang..kenapa abang dah berubah?mana sikap tanggungjawab abang? Sayang nak abang ada disisi sayang hanya untuk malam nie aja..please abang….maafkan sayang sebab sayang terpaksa memaksa abang..
Izhar=awak nie nak mengarut apa?esok abang balik la!bukannya lama mana pon. Satu malam je kan…dah laa..abang nak pergi nie..
** aku hanya mampu mendiamkan diri..salahkah aku mahukan suamiku ada disisi?salahkah aku mahukan kasih sayang dari suami? Ini yang aku dapat..mungkin dia suka jika aku pergi untuk selamanya..jika aku pergi esok..maafkan aku untuk kesekian kalinya..saat ini hatiku terguris..tidakkah dia tahu aku sedang berperang dengan maut.. “duhai suamiku..jika abang tahu sayang sedang menderita penyakit yang membawa maut ini, mungkin abang akan bagi sepenuh perhatian..tapi, sayang tak mampu nak beritahu abang..sayang tak mahu abang risau…” aku menangis hiba..aku perlukan kasih sayang dan perlukan sokongan dari insan tersayang..tapi…aku hanya sebatang kara di dunia ini..hanya pada suami tempatku mengadu..kini suami pula tak hiraukan aku…”
Malam itu, sakitku menyerang lagi..aku gagahi juga untuk bangun dan solat..moga-moga dengan keberkatan solat sakitku akan tenang sekejap…tapi tidak..aku bagaikan lesu..hidungku berdarah hebat!lencun sudah kain sembahyang yang putih suci itu degan tompokan darah merah..aku terbaring lemah..penglihatanku semakin lama,semakin kabur…kabur dan terus kabur..aku melihat rohku memanggil-manggil sambil menghulurkan tangan untuk pergi dari dunia yang fana ini..aku tersenyum menyambut huluran tangan putih gebu itu..aku pejamkan mata dengan tenang..setenang yang mungkin sambil memeluk sepucuk surat yang aku coretkan khas untuk suami terchenta! Surat itu diselitkan didalam AL-Quran.semoga suamiku dapat membacanya dengan aman..
**
Untuk suamiku tercinta dan disayangi..
Warkah ke dua dari isterimu ini..harap abang dapat membacanya dengan penuh kasih sayang, rindu dan cinta..izinkan sayang pergi bertemu Illahi dengan tenang ya abang..jika ajal sayang menjemput, sayang akan pergi buat selamnya.. sayang tak mampu nak menolak takdir..maafkan sayang sebab merahsiakan penyakit tumor otak sayang ni..sayang tak mahu abang risau. Biarlah abang bergembira bersama-sama rakan seperjuangan abang. Cuma sayang agak kecewa sebab abang tiada disisi sayang untuk yang terakhir kali..tapi, abang jangan kecewa..sebab sayang dapat melihat abang buat kali terakhir pada siang hari tadi..sayang akan simpan kenangan kita bersama..semasa ketiadaan sayang, harap abang boleh uruskan diri abang sebaik mungkin..sayang pergi menghadap illahi, ada jodoh kita jumpa di sana ya abang..maafkan sayangmu ini jika banyak buat abang marah..sayang tak dapat nak masak untuk abang lagi..tapi takpa lah, abang bukannya suka jamah masakan sayang kan?harap itu tak menjadi masalah untuk abang..halalkan segala kasih sayang dan makan minum yang telah abang berikan selama hayat sayang didunia ini..jasa baik abang hanya Allah saja mampu membalas nya..ampunkan sayang ya abang..sayang cintakan abang sehingga nafas terakhir sayang..suami sayang adalah syurga sayang..sayang nak cium bau syurga..sebab itu, sayang ikut cakap abang selama nie..walaupun begitu, sayang tak pernah nak ambil hati. Semoga abang bahagia tanpa kehadiran sayang disisi…sayang nak pergi jauh-jauh..ada jodoh, kita bersatu semula disana..sayang nak abang tahu bahawa abanglah lelaki yang berdiri hebat di mata sayang..abanglah putera kesayangan sayang..cinta sayang hanya untuk abang..harap abang juga begitu..
Salam terakhir dari isterimu…
Dyana khalisha..
Setibanya dirumah…izhar tak keruan,,rasa berdebar-debar dan cemas..
Dia mencari-cari kelibat isterinya..dalam harapan dia boleh bertemu dengan dyana…alangkah terkejutnya izhar melihat sekujur tubuh terbaring lesu dan kaku dalam keadaan berkain sembahyang itu..tubuh kaku itu dipeluk hiba..
Sayangggg!!!!!!!!!!!!maafkan abang,..aabang banyak dosa dengan sayang..jangan tinggalkan abang sayang..
izhar menangis sepuas-puasnya kerana tak sempat memohon maaf daripada isterinya...dia rasa sungguh berdosa mengabaikan isterinya..dia kejam..izhar lemah longlai.habis semangatnya hilang..dalam hati masih menggunung cintanya terhadap dyana..tapi apakandaya, dyana sudah menghadap illahi..sungguh hiba melihat pemergian dyana tanpa suami disisi..jika dapat diundurkan masa..akan aku turut kata dyana untuk menemaninya buat kali terakhir semalam..tapi sudah terlambat! Akulah lelaki yang paling rugi didunia ini…aku alpa pada tanggungjawab sebagai seorang suami..mana mungkin aku dapat mencari pengganti sebaik dyana?
*surat coretan dyana masih dalam genggamannya..penuh hiba dan sendu ketika dia membbaca warkah isterinya itu.betapa hebatnya cinta sang isteri terhadap suami..tapi suaminya?
** sayangku dyana…kamu lah cintaku sehingga akhir hayat...
“Sayangg…maafkan abang….akan abang simpan kenangan-kenangan kita sayang..kamu yang sentiasa bertahta dihati abang..abang insaf sayang..tapi keinsafan ini tak dapat dilihat oleh kamu..abang terlambat…maafkan abang sayang….”
Created by: pinky pinxes90
2 000 yang comey & cute:
Pandai awak menulis...seronok baca cerita ni...keep writing k....
@Cikta
TERIMA KASIH CIKTA.=)
Post a Comment