ASSALAMUALAIKUM
Hujung minggu rasa sangat lega sebab tak payah pikir pasal kelas. So, kita ENJOYYY! *gaya nora danish* he he he.. Oh malam yang sunyi. Hp aku pon tak berbunyi. Hp pon nak sunyi jugak, bising je memanjang kan. Malam nie aku bagi hp tu rest. Mood malas nak topup , kalo ade orang nak belanja topup boleh jugakkk. :p
Aku nak buat style senang je la :
" Sape nakk, dia cari la sendiri "
Sometime terasa jugak nak orang cari kita . Ye dop ? Rasa la kita nie di perlukan , takda la macam kita je yang mencari .
Menilai pentingnya orang tu dalam hidup seseorang sebenarnya kita boleh perhatikan sendiri. Sebagai contohnya, kalau kita buat tak tau or just keep it in silence , ada tak si dia mai cari ? mesti la ada kan even it just a call or text message. Rite? Cuma respond cepat atau lambat je .
Ada sesetengah orang , hati kayu (degil) :
Bila si A buat senyap , si B pon buat tak tau jugak . Sampai melarat dan gaduh-gaduh. Ada kan? Tue sebab sama-sama keras kepala dan takmo mengalah. Senang kata ego tahap tinggi melangit. Nak tongkat langit dengan ego ke? pikir-pikir kan.
Ada sesetengah orang, hati sayur. (lembut) :
Bila si A marah, si B cepat-cepat pujuk . Kalau tak pujuk pon takpe lah , buat lawak pon dah okey. At least ada gelak tawa takda la rasa nak marah membara kan . Ye tak? Orang yang hati sayur nie , jenis yang lembut hati . Marah sekejap-sekejap je . Macam sayur la , bila masak lama-lama dia jadi lembik kan. Manusia pon boleh diibaratkan macam tu jugak.
Ada sesetengah orang, hati kering ( takdak perasaan) :
Penah dengar tak istilah hati kering ? Hati kering nie senang nak habaq kat hang, orang yang takdak perasaan. Contohnya, kalo si A marah , Si B buat bodo @ don't no je . Macam takdak pape berlaku . Last-last sekali, orang yang marah tu kena cool down sendiri . Orang yang hati kering nie kadang-kadang dia selamba badak je lagaknya , tapi kadang-kadang boleh buat orang marah dannn kadang-kadang jugak dia boleh buat orang nak lempang laju-laju sebab dia memang takdak perasaan . he he hee . Oppsss ! terlebih pulak sampai nak lempang-lempang.
Okey, cukup tak 3 jenis hati nie . Anda tergolong hati mana satu?
5 000 yang comey & cute:
kalau hati tisu pulak macam mane?
hehehe
@Aizat Shafiq
OO..awak hati tisu erk? haha... hati sayur lettew.. kena air je lembik/basah tisu tu..
@Awie Omar
okey..will folo you
saya hati... mmmmm...
hati hati....
kehkehkehkeh....
@Uncle Jonni
haha..lawak naaa...hati2 jugak..:)
Post a Comment