-->
seuntai kata .

Saturday, November 19, 2011

RINDU DIA..


ASSALAMUALAIKUM..


Petang yang agak suram hari nie..*bagi saya la* bagi kamu macam mana pulak? saat ini hanya Allah saja yang tahu betapa saya amat merindui dia..tapi.................................................

semalam nak tido pon agak susah nak lelapkan mata. rasa takut semacam je. tapi air mata ini mengalir laju bila mengenangkan dirinya yang tak dapat ditatap dengan zahirnya. mungkin dia tahu hati ini sangat-sangat merindui dia. dan  mungkin semalam dia datang menjenguk orang yang dia sayangi..

dah lama saat bersamanya berlalu. dia pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 8 march 2006. tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga dan sanak saudara. dia pergi dengan tenang disana, tanpa kerelaan kami..tapi Allah sudah menetapkan tarikh itu dan dia pergi meninggalkan bumi tercinta ini. kami redha seadanya. semoga dia berbahgia di samping Malaikat-malaikat yang Allah perintahkan menjaga tugas masing-masing di alam sana. kami di dunia ini hanya berdoa dan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk arwah adikku terchenta. Amin~ semoga dia disana dicucuri Rahmat Allah. 

teringat saat hayatnya masih ada, seminggu sebelum jasadnya bercerai dari badan, saat itu aku masih di bangku persekolahan (form 4), abah, ma dan adik-adik datang melawat aku kat asrama. masa tu dia hanya memandangku tepat pada anak mataku. bila aku bertanya, nape dik? akak tak comel ke? . lalu dia menjawab, saja je. dari riak wajahnya terlihat kesedihan yang tak dapat kubaca dari lahiriah mahupun batiniah. dia bermain-main ditaman bunga kat sekolahku dulu. mungkin dia nak tengok kakak tercinta ini buat tatapan terakhir kali. mungkin. hanya Allah saja yang mampu bagi petanda-petanda kecil untuk hambanya yang bakal kembali kepangkuanNYA.

ketiadaanku dirumah (duk hostel) pada suatu petang itu, terjadinya tragedi buruk kepada kami sekeluarga. dari cerita adikku (ery) yang ke-5, arwah (ezat) yang ke-4. adikku ery beria mahu ikut arwah bermain bola dipadang sekolah bersama rakan taulannya. tapi arwah tak bagi ikut. dia cakap dia nak pergi umah kawan dia  sambil-sambil nak amik KURA-KURA PUTIH BERKAKI HITAM. dia cakap dia nak hadiahkan kat adikku ery tu. adikku ery pada saat itu mengiayakan kata-kata abangya sebab ery masih kecil (budak-budak). bila ma tannya ery : "mana abang? pergi mana?" 

ery: "tak tahu, abang pergi main bola kat padang sana. dia nak pergi umah kawan dia. nak amik kura-kura putih kaki hitam."

ma: "ishh,jangan duk mengarut.takda dalam dunia nie kura-kura macam tu.. pergi cari abang tu".
saat itu hati ma memang gundah gulana. sebab anaknya bersikap pelik akhir-akhir ini. sebelum nak ke sekolah pagi itu, arwah minta seluar sekolah kaler PUTIH sedangkan seluar sekolah rendah kaler blueblack gitu. dia merengek-rengek nak seluar sekolah putih. ma marah. nape macam tu? sebelum itu, pada malamnya. ma nampak sesuatu yang HITAm sangat-sangat berdiri kat sebelah abang. time tu abang nyenyak lagi tido. sambil-sambil itu, kedengaran burung hantu memamngil-manggil di luar sana. dalam hati ma "ya ALLAh petanda apakah ini?"

dengan itu, ma hanya mengucap kalimah Allah saja. semoga tak terjadi kejadian buruk terhadap anaknya.

menurut cerita kawan-kawannya sebelum pulang dari sekolah,arwah cakap kat kawan-kawannya
"eh, jaga diri baik-baik ya. aku tak lama dah nak pergi. takut tak sempat je", sambil menepuk-nepuk belakang rakannya. rakan-rakannya tanya kau nak pergi mana? dia jawab, aku nak pergi jauhhhh sana. kawannya terdiam tanpa kata.

petang itu, ma, abah dan orang kampung cari merata manalah anak lelakinya ini. satu orang pun tak tahu kemana. ma dan abah sudah tak terkata. bimbang bukan kepalang.  debaran hebat dijantung. petang yang suram itu, datanglah seorang pakcik menyanyakan nenekku kat warung kopi " kenal tak baju siapa nie?"
dengan tak semena-menanya cucu nenekku itu menjawab "tue baju abang ezat". nenekku terkejut! pakcik tu jumpa baju tu kat sungai besar sana. dengan lajunya nenekku talipon abah bagitau abang lemas sungai. ya!time tu semua kalut. orang kampung, bomba dan polis bergegas ke sungai itu. tak jumpa! tapi tepat pukul 9 malam, mayatnya ditemui tersangkut pada ranting kayu. kata doctor, arwah baru saja meninggal dunia,jika dia meninggal beberapa jam lalu pastinya mayatnya sudah beku. andaikata pencarian arwah dijumpai awal-awal pastinya dia masih selamat. tapi tidak. sudah tertulis untuk dia pergi jauh dan jauh dari kami.
sedih bukan kepalang. 

menurut cerita rakan-rakan yang pergi mandi di sungai itu, arwah berkata " sudah nak balik ke? aku belum puas mandi sungai nie. tunggu la sekejap. aku nak mandi lagi. lalu dia terjun ke sungai itu dan akhirnya dia lemas dan melolong-lolong meminta tolong rakan taulannya. malangnya rakannya sempat menarik rambut tetapi akhirnya terlepas jua. kawannya meminta tolong pakcik tadi,, tapi tak dapat juga kerana arus deras mengalir membawa arwah entah kemana. 

YA ALLAH, hebatnya perancanganMU. tiada siapa yang dapat melawan takdirMU. jika tertulis pergi harini, maka pergilah kita dari dunia ini. jika ajal kita pergi di saat ini, maka tercerailah nyawa dari badan kita. sedekahkanlah AL-FATIHAH untuk arwah tercinta.. semoga dia mendapat rahmat disana.

Posted by Nazura Naa at 3:12 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

3 000 yang comey & cute:

DAYG ♥ said...

alolo. sweetnye :)

November 19, 2011 at 6:41 PM Reply To This Comment
zacky786 said...

Al- fatihah..

November 19, 2011 at 8:02 PM Reply To This Comment
Eyda Yusoff said...

innalillahiwainnailaihirajiun . tabahkn diri ye kak . yg pergi tetap akn pergi . yg hidup juga , akn pergi . hny tggu giliran kite pulak :')

November 26, 2011 at 8:22 AM Reply To This Comment

Post a Comment

Newer Post Older Post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
JADILAH MANUSIA YANG BERGUNA MAHUPUN DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT KELAK


S.I.M.P.L.E from M.E

My photo
Nazura Naa
Malaysia
just a simple name :NAZURA HANUN. panggil zura @ naa. sekarang nie jadi student tegar UTM.3rd year student of degree REMOTE SENSING.
View my complete profile

tumPanG Lalu

mari menabung!

LIKE page

 sedang skodeng pinky pinxes

i LOVE u IF you LOVE me!!

jom main click-click sini

churp-churp here!click me!

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2011 (60)
    • ►  December (23)
    • ▼  November (13)
      • FACEBOOK 1 MALAYSIA
      • "GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for F...
      • sweet words!
      • tips: nak tahu si dia betol-betol cintakan anda?
      • RINDU DIA..
      • 3rd Giveaway by Yana
      • Segmen Cik Bunny: Jom Blogwalking! (Bahagian 2)
      • CANDID TIME CONTEST
      • ~Semekar cinta hingga ke penghujung rindu~
      • segmen: PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500
      • *dengan rasa Syukur..
      • * layann BIG APPLE!
      • NAK CEGAH DARI CANCER? JOM TENGOK PRODUCT NIE..
    • ►  October (16)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)

ini S.A.Y.A

ini S.A.Y.A

JoM SeMbanG!

sI CanTek & sI HeNsem!

Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.
COPYRIGHT@ ORIGINAL BY PINKYPINXES90